SURAH IBRAHIM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ   

﴾1﴿ 
Alif. Laam. Raa
Kitab yang Kami turunkan kepada kamu dan ke atas kamu untuk membawa manusia keluar dari kegelapan melainkan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin Tuhan kamu kepada sirat Al Aziz Al Hamiid.
﴾2﴿ 
Ellahi, milikNya segala apa yang ada di dalam langit dan segala apa yang ada di dalam bumi. Dan celakalah kepada golongan yang tidak percaya (kafir) dari azab yang pedih.
﴾3﴿ 
Mereka yang mencintai kehidupan dunia di atas akhirat dan menolak, menyingkirkan, menafikan, menghalang diri dari jihad kepada Ellahi dan berusaha menjadikannya terpesong dan bengkang bengkok. Mereka itulah yang pergi jauh kepada kesesatan.
﴾4﴿ 
Dan tidak Kami utuskan utusan-utusan Kami melainkan dengan lisan kaumnya supaya jelas nyata kepada mereka. Maka, Ellahu menyesatkan sesiapa yang di kehendakiNya dan membimbing sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia Al Aziz Al Hakim.
﴾5﴿ 
Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada Musa dengan tanda-tanda ayat Kami iaitu, "Bawa kaum mu keluar dari kegelapan melainkan kepada cahaya yang terang benderang dan peringatkanlah kepada mereka fasa-fasa yang telah di strukturkan Ellahi." Sesungguhnya ia adalah tanda-tanda ayat Kami di dalamnya kepada mereka yang sabar dan bersyukor.
﴾6﴿ 
Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan nikmat Ellahi ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu dari azab kejahatan dan anak-anak lelaki kamu di sembelih dan wanita-wanita kamu di susahkan. Dan ini adalah bala yang agong di dalamnya dari Tuhan kamu.
﴾7﴿ 
Dan apabila Tuhan kamu memerintahkan, "Sesungguhnya, jika kamu bersyukor, kamu akan di tambah, diimbuhkan dan di gandakan (nikmat dan rahmat). Dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih. 
﴾8﴿ 
Dan Musa berkata, "Jika kamu dan sesiapa yang ada di dalam mukabumi ini kufur kesemuanya, maka sesungguhnya Ellaha Al Ghaniyy Al Hamiid."
﴾9﴿ 
Adakah berita mereka yang sebelum daripada kamu sampai kepada kamu, kaum Nuuh, Aadi, Thamud dan mereka yang selepas daripada itu? Tiada sesiapa yang mengenali mereka melainkan Ellahu. Utusan mereka telah membawa kepada mereka bukti yang jelas nyata, maka mereka kembalikan apa yang ada di hadapan mereka ke dalam mulut mereka lalu berkata, "Sesungguhnya, kami kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada kamu. Sesungguhnya, kami di dalam syak wasangka dengan apa yang di jemput oleh kamu kepada kami dengannya, kami ragu dan kami sangsi.
﴾10﴿ 
Utusan mereka berkata, "Syak wasangka dengan Ellahi yang mencipta langit dan bumi? Dia menjemput kamu supaya kamu di ampunkan dari dosa-dosa kamu dan menangguhkan kepada kamu pada ajal yang telah diputuskan." Mereka berkata, "Kamu hanyalah penyampai berita sama seperti kami yang berniat untuk memesongkan kami dari apa yang bapa-bapa kami hambakan. Maka datangkan kepada kami kuasa dan autoriti yang jelas nyata."
﴾11﴿ 
Utusan mereka berkata kepada mereka, "Kami hanyalah penyampai berita sama seperti kamu, akan tetapi Ellaha memberi manfaat, faedah, keistimewaan, kehebatan dan keunggulan ke atas sesiapa yang dikehendaki dari hamba-hambaNya. Dan tidak kepada kami untuk membawa kepada kamu kuasa dan autoriti melainkan dengan izin Ellahi dan biarkanlah mereka yang mu'min bertawakal ke atas Ellahi. 
﴾12﴿ 
Dan kenapakah tidak kami bertawakal ke atas Ellahi sedangkan Dia-lah yang menunjukkan dan membimbing cara hidup kami kepada manual arahan pada hala tuju yang selamat.  Kami akan bersabar dan terus berjuang meskipun di sakiti, di tentang dengan keburukan, kesusahan dan penderitaan yang akan dilakukan terhadap kami. Dan hendaklah mereka yang tawakal, bertawakal ke atas Ellahi."
﴾13﴿ 
Dan mereka yang kufur berkata kepada utusan-utusan mereka, "Kami akan singkirkan kamu dari bumi kami atau kamu hendaklah kembali kepada agama kami." Maka, Tuhan kamu mengilhamkan ke atas mereka (utusan-utusan), "Kami akan hapuskan mereka yang zalim."
﴾14﴿ 
Dan kamu akan tinggal di dalam mukabumi ini selepas daripada mereka. Itu adalah kepada sesiapa yang pada maqam-nya takut dan gerun dengan ancamanKu.
﴾15﴿ 
Dan mereka memohon kejayaan serta pertolongan dan mereka yang angkuh, sombong dan degil itu di tidak akan berjaya.
﴾16﴿ 
Mendahului mereka adalah jahanam dan mereka di beri minum air nanah.
﴾17﴿ 
Mereka akan meneguknya dan amat susah untuk mereka menelannya dan maut akan datang kepadanya dari semua lokasi dan dia tidak akan mati tetapi di dahului dengan azab yang keras.
﴾18﴿ 
Mithalan mereka yang kufur dengan Tuhan mereka ialah amalan mereka adalah seperti debu dari sisa bakaran, yang dengannya di tiup angin pada fasa-fasa ribut. Mereka tiada kawalan ke atas segala apa yang mereka perolehi di dalamnya. Itu adalah mereka yang jauh tersasar.
﴾19﴿ 
Tidakkah kamu menyingkap dan perhatikan bahawa Ellaha menciptakan langit dan mukabumi dengan benar? Jika di kehendakiNya, Dia akan keluarkan kamu darinya dan kembalikan kamu dengan ciptaan yang baru. 
﴾20﴿ 
Dan itu adalah sesuatu yang tidak ada kepayahan ke atas Ellahi Yang Maha Perkasa.  
﴾21﴿ 
Dan mereka akan tampil di hadapan Ellahi kesemuanya maka mereka yang lemah akan berkata kepada mereka yang takabur, "Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikut kamu maka boleh-kah kamu bantu kami dari semua ini dari azab Ellahi?" Mereka (yang takabur) berkata, "Jika Ellahu membimbing kami dengan manual arahan pada hala tuju yang selamat, kami pasti akan membimbing kamu pada hala tuju yang selamat. Sama sahaja ke atas kami samada kami dapat toleransi atau sabar, tidak ada tempat untuk kami melarikan diri darinya."
﴾22﴿ 
Dan syaitan akan berkata selepas semua perkara dan urusan telah diputuskan, "Sesungguhnya Ellaha menjanjikan kepada kamu kebenaran dan aku juga berjanji tetapi aku telah memungkiri janji itu kepada kamu. Aku tidak memiliki dari kuasa kesultanan ke atas kamu melainkan apa yang telah aku berdakwah kepada kamu dan kamu yang menjawab panggilan dakwah itu. Maka, tidak aku dipersalahkan dan persalahkan apa yang ada di dalam diri kamu. Aku tidak dapat memberi respon kepada panggilan pertolongan kamu dan tidak juga kamu dapat memberi respon kepada panggilan pertolongan dari aku. Sesungguhnya, aku kufur dengan apa yang telah kamu jadikan aku sebagai sekutu kamu sebelum ini." Sesungguhnya, mereka yang zalim akan mengetahui azab itu.
﴾23﴿ 
Dan mereka yang selamat dan beramal soleh, mereka akan perolehi kebahagiaan yang sempurna (lengkap, kamil, tiada cela, utuh) yang sentiasa mengalir pemberian yang membuahkan hasil yang menguntungkan selamanya di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Tahiyyat mereka di dalamnya ialah "Salaam."
﴾24﴿ 
Tidak-kah kamu melihat bagaimana Ellahu memetik mithalan iaitu kalimah yang baik, benar lagi sah itu jauh lebih benar, baik lagi sah dari perselisihan, pertikaian dan percanggahan yang akarnya teguh dan cabangnya berada pada ketinggiannya.
﴾25﴿ 
Ia membuahkan hasil pada setiap ketika dengan izin Tuhan mereka. Dan Ellahu mengadakan perumpamaan kepada manusia agar mereka mengambil peringatan.
﴾26﴿ 
Dan mithalan pada kalimah yang buruk ialah akarnya adalah perselisihan, pertikaian dan percanggahan yang mudah tercabut akarnya dari permukaan bumi dan tidak ia memiliki kestabilan (tidak mampu mengekalkan pencapaian dan pertumbuhan yang baik dari segi jasmani, rohani, sosial dan ekonomi yang akan merencatkan kewujudan serta menjejaskan masa hadapan kehidupan).  
﴾ 27 ﴿ 
Ellahu meneguhkan mereka yang selamat dengan perkataan yang teguh di kehidupan dunia dan pada akhirat dan Ellahu membiarkan mereka yang zalim itu jauh tersasar. Dan Ellahu melakukan apa yang dikehendakiNya.
﴾28﴿ 
Tidakkah kamu menyingkap dan perhatikan mereka yang menukar nikmat Ellahi dengan kekufuran dan menempatkan kaum mereka di dalam pusingan mengelilingi kebinasaan, kesengsaraan, kehinaan, kehancuran, kerugian dan kerosakan?
﴾29﴿ 
Mereka akan di bakar di dalam jahanam dan distabilkan pada kehinaan yang sangat buruk lagi tercela.
﴾30﴿ 
Dan mereka telah mengadakan tandingan dan pesaing kepada Ellahi supaya menyimpang dari jalanNya. Katakan, "Berseronoklah kamu, maka sesungguhnya kesudahan mereka melainkan api neraka."
﴾31﴿ 
Katakan kepada hamba-hambaKu yang selamat untuk mendirikan dan menegakkan As Solaat (dan ikut dengan rapat/sync/selari dengan Al Kitab) dan infaq daripada apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka darinya dengan cara yang tersembunyi atau mengumumkannya secara terbuka sebelum datangnya fasa-fasa di mana tiada lagi transaksi dan perhubungan mahupun ikatan.
﴾32﴿ 
Ellahu, Dia-lah yang menciptakan langit dan mukabumi dan menurunkan limpahan dari ketinggiannya dan menumbuhkan rezeki yang membuahkan hasil di dalamnya untuk kamu. Dan Dia-lah yang menundukkan edaran orbit pada lingkarannya untuk kamu supaya kamu dapat bergerak mengikut arus di dalam lautan yang luas terbentang dengan perintahNya dan menundukkan kepada kamu limpahan yang mengalir darinya kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran, kehidupan rohani yang memberi kurniaan dari celah-celahnya dengan limpahan yang terus menerus. 
﴾33﴿ 
Dan Dia menundukkan kepada kamu matahari dan bulan tetap berterusan secara terus menerus dan menundukkan kegelapan malam dan cahaya untuk menerangi kamu.
﴾34﴿ 
Dan Dia memberi apa jua yang kamu mohon dariNya. Dan jika kamu mengira nikmat Ellahi, tidak akan dapat kamu melaksanakan kiraannya. Sesungguhnya insaan itu zalim dan kufur.
﴾35﴿ 
Dan apabila Ibrahim berkata, "Tuhan ku, jadikanlah kisah petualang kami (di atas jalan tauhid) selamat dan jauhkanlah kami dan anak-anak serta keturunan kami dari menghambakan diri kepada idola, ikon, selebriti dan hero pujaan serta figura.
﴾36﴿ 
Tuhan-ku, sesungguhnya mereka telah menyesatkan dan menyeleweng ramai manusia. Maka, sesiapa yang mengikut tabii aku maka sesungguhnya dia adalah dari aku dan sesiapa yang tidak mengikut apa yang di bawa oleh tangan ku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
﴾37﴿ 
Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan dari zuriat-ku di dalam sebuah lembah tanpa apa-apa untuk meningkatkan dan menumbuhkan mereka di sisi bayt pada ruang yang suci dari segala perkara yang haram. Tuhan ku, semoga mereka mendirikan As Solaat (dan ikut dengan rapat/sync/selari dengan Al Kitab), maka jadikanlah ia pusat kesedaran yang bergejolak dengan perasaan dan harapan dari manusia untuk condong dan tertarik ke atas mereka dan rezekikan mereka dengan membuahkan hasil darinya agar mereka bersyukor.
﴾38﴿ 
Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan, sembunyikan dan apa yang tersimpan dan apa yang kami nyatakan. Tidak ada sesuatupun yang tersembunyai dari Ellahi di atas mukabumi mahupun apa yang ada pada ketinggian ruang yang luas terbentang. 
﴾39﴿ 
Segala pujian hanya bagi Ellahi yang menganugerahkan kepada ku hadiah yang besar iaitu Ishmael dan Is'haaq ke atas usia lanjut ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Mendengar mereka yang berdoa.
﴾40﴿ 
Tuhan-ku, jadilah kami golongan yang mendirikan dan menegakkan As Solaat (dan ikut dengan rapat/sync/selari dengan Al Kitaab) dan dari zuriat-zuriat kami. Tuhan kami, maka terimalah doa kami ini.
﴾41﴿ 
Tuhan kami, ampunilah kami dan ibu bapa kami dan golongan yang mu'min pada fasa-fasa di mana hisab telah di bentuk, ditubuhkan dan telah ditetapkan itu.
﴾42﴿ 
Jangan kamu menganggap bahawa Ellaha lalai mahupun cuai tentang apa yang di lakukan oleh mereka yang zalim. Dia melewatkan dan menangguhkan mereka di saat akhir pada fasa di mana di dalamnya mereka akan terpacak terkejut dan terbeliak pada apa yang mereka pandang.
﴾43﴿ 
bergegas dengan terkejut dengan pandangan yang tertumpu, leher mereka terhulur, mata mereka terpaku tanpa berkelip, tidak mereka kembali ke atas kesedaran dan perasaan mereka dan perasaan serta kesedaran mereka menjadi kosong.
﴾44﴿ 
Dan beri amaran kepada manusia pada fasa-fasa azab yang akan datang kepada mereka. Maka, mereka yang zalim akan berkata, "Tuhan kami, tangguhkanlah kami pada ajal yang terdekat, kami akan menyahut dakwah Mu dan menurut serta mengikut utusan-utusan Mu." Tidak-kah kamu telah bersumpah sebelum daripada itu bahawa tidak ada perubahan bagi kamu?
﴾45﴿ 
Dan kamu tinggal di dalam ruang peribadi bersama mereka yang telah menzalimi apa yang ada di dalam diri mereka dan ia jelas nyata bagi kamu bagaimana Kami menangani mereka dan Kami telah adakan perumpamaan untuk kamu.
﴾46﴿ 
Dan mereka telah merancang dengan rancangan mereka dan milik Ellahi rancangan mereka itu walaupun rancangan mereka adalah untuk melenyapkan gunung sekalipun.
﴾47﴿ 
Maka jangan engkau menyangka bahawa Ellaha akan memungkiri janji-janjiNya kepada para RasulNya. Sesungguhnya, Ellaha Maha Perkasa imbalan balasanNya.
﴾48﴿ 
Pada fasa-fasanya, bumi akan digantikan dengan bumi pada ketinggiannya dan mereka akan muncul di hadapan Ellahi Al Wahid Al Qahar. 
﴾49﴿ 
Dan kamu akan menyingkap mereka yang berdosa dan melampaui batas pada fasa-fasa di mana mereka akan di belenggu dan di rantai.  
﴾50﴿ 
Dan persalinan mereka adalah dari cecair tar yang panas melekit dan wajah-wajah mereka diselubungi dengan api.
﴾51﴿ 
Supaya Ellahu membalas setiap jiwa dengan apa yang mereka usahakan. Sesungguhnya, Ellaha amat pantas hisabNya.
﴾52﴿ 
Ini adalah balagha kepada manusia supaya mereka di beri amaran dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Ellahu Al Wahiid, dan supaya mereka yang albaab di beri peringatan.