AL FATIHA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
﴾ 1 ﴿
Dengan nama Ellahi Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
﴾ 2 ﴿ 
Yang Maha Terpuji, Ellahi, Tuhan Yang IlmuNya Maha Meliputi.

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
﴾ 3 ﴿
Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
﴾ 4 ﴿
Raja/Penguasa yang menstruktur cara hidup (deen) melalui fasa dan tempohnya

Yaum  (Singular  Indefinite noun) dari kata akar ya waw mim >> ayyam ayyamin yawma yawmin. Bahasa Arab Klasik >> ayyam bermaksud : struktur, fasa, tempoh masa (period of time), era, fasa pada proses yang telah ditetapkan.
Deen >> cara hidup menurut sistem undang-undang dan penghakiman serta rangka kerja untuk tadbir urus. Ia mewakili cara hidup yang menyeluruh berdasarkan bimbingan, petunjuk dan manual arahan Ilahi yang merangkumi kepercayaan, keimanan, watak, corak hidup dan tindakan.
Hari Akhirat - Yaw’mi Aakhiri >> Al Baqara 2 : 8
Agama - millata >> milati >> 
>>> Nas Al Quran : Az Zukhruf 43 : 44   


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
﴾ 5 ﴿
Hanya kepada Mu aku memperhambakan diri dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
﴾ 6 ﴿ 
Tunjukkanlah kami jalan istiqama (El'Mus'taqiim)

Pengertian : Tunjukkanlah kami jalan istiqama dengan jelas. Sirat bermaksud, ”sesuatu yang tersembunyi - Rahsia” yang sedang menunggu untuk di buka, di rungkai, diperjelaskan dan di gerakkan serta diperjalankan.

El’Mus’taqiim - kata akar qāf wāw mīm qiyam is'taqāmu qiyāmat    maqām taqwīm   qayyūm    muqāmat 

*Bahasa AL Quran di gelar sebagai ISTIQAMA : yakni, ia berdiri dengan sendiri secara berterusan tanpa perlu ikatkan dirinya kepada makhluk, iaitu, dia tidak memerlukan makhluk untuk menulisnya, menjaganya mahupun memperjelaskannya. Di dalam erti kata lain, dia berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan sesiapa kerana sesungguhnya Ellah SWT tidak memerlukan makhluk, tetapi makhluk sangat memerlukanNya. Al Quran menerangkan dirinya melalui dirinya dengan dirinya bersama dirinya >>> Qs 17 : 12; Qs 75 : 19; Qs 15 : 8; Qs 2 : 23.

*Istiqama bermaksud Qiyamatkan diri dan berserah kepada Ellah Er Rahman Er Raheem - semua perbuatan berdiri melalui taqwim ilmuNya dengan cara yang berterusan - diri yang di qiyamatkan pada kehendak, ilmu dan gerak kuasaNya.
*Bahasa Syariat Haqiqat - berdiri dan bergerak secara terus menerus pada siratNya yang telah di buka, di rungkai dan di perjelaskan dengan kejelasan yang nyata tanpa penolehan, dengan izinNya. 


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
﴾ 7 ﴿
Sirat yang telah Engkau anugerah ke atas mereka keselamatan bukan ke atas golongan yang di murkai dan tidak pada golongan yang sesat.