Panduan Al Qu'raan >>>
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Terjemahan Al Qur'aan di lamanweb ini adalah mengikut makna pada perkataan yang diulang-ulang yang di hamparkan melalui perbandingan ayat-ayat pada mithalan-mithalan yang di persembahkan - Dan (Wa) sesungguhnya (Laqad') Kami sorofkan (Sorrof'naa) di dalam Al Quraan ini (Fii Haaza El'Qur'aani) dari (Min) semua (Kulli) mithalan (Mathalin) kepada manusia (Lin' Naasi), akan tetapi (Fa) kebanyakan manusia tidak menerimanya (Ak'tharu En'Naasi Abaa) melainkan (illa) kufur (Kufuuraa) - Al Israa 17 : 89
Kami turunkan Al-Qur'aan sebagai hukum di dalam bahasa Arab - Ar Ra'du 13 : 37
Sebuah Kitaab yang dijelaskan dengan nyata ayat-ayatnya (satu persatu); iaitu Arabiyyan Qur'aan bagi mereka yang memahaminya -Fussilat 41 : 3
Dan juga, terjemahan adalah mengikut makna pada kamus Bahasa Arab dan Bahasa Arab Klasik iaitu bahasa Arab Al Qur'aan itu sendiri melalui penyelidikan yang intensif dan ekstensif >> nahu, sorof, isim, fil, kata akar (root word dan proto root). Ini adalah kerana kebanyakan terjemahan Al Qur'aan tidak konsisten dan mengambil makna dari penterjemah ulama Parsi bagi kebanyakan perkataan Arab yang serupa (similar) di dalam bahasa Arab dan Parsi tetapi mempunyai makna yang berbeza di dalam kedua-dua bahasa itu - (boleh kaji dengan intensif sejarah terjemahan Al Qur'aan).
Contoh pertama perbezaan terjemahan makna di antara Bahasa Parsi dan Bahasa Arab adalah seperti berikut :
Perkataan “هُدًى” (hudá) telah di terjemah sebagai "petunjuk" di dalam Al Quran. Namun, di dalam bahasa Arab, perkataan “هُدًى” (hudá) tidak bermaksud ‘petunjuk.' Ini adalah kerana ulama Islam Parsi terdahulu (sila kaji dengan mendalam sejarah dan latarbelakang penterjemah) menterjemah Al Qur'aan dengan mengambil perkataan “هُدًى” (hudá) yang di dalam bahasa Parsi adalah “ھدایت” (hadayat) yang telah di terjemah mereka sebagai ‘Petunjuk.’ Perkataan Arab “هُدًى” (hudá) membawa maksud ‘Arahan’ dan ‘Hala Tuju.’
“هُدًى” (hudá) >> "Arahan" untuk ke "Hala Tuju" - dari peringkat pertumbuhan kepada perkembangan kehidupan yakni, dari peringkat alaqah sehingga berkembang menjadi insan pada ketinggiannya (Khalifah) demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat: golongan ini di gelar sebagai mereka yang “الْمُفْلِحُونَ.“ Maka “هُدًى” (hudá) bermaksud, "Manual Arahan" yang telah dikomposisi oleh Ellah SWT ke "Hala Tuju" hidup pada jalan yang lurus agar manusia sampai ke destinasinya dengan selamat sejahtera.
Contoh ke dua :
Perkataan “Haraam” diterjemah sebagai “di tegah” atau “diharamkan.” Apabila ulama Parsi mengubah makna pada perkataan di dalam Al Qur'aan, mereka mengambil perkataan “حرام” sebagai perkataan Parsi “حرام” yang menjadikan perkataan Parsi sebagai “حرمت” yang bermaksud “suci, dihormati dan kebesaran." Akan tetapi, perkataan Arab “حرام” maknanya bukan "suci" tetapi "diharamkan" dan "di tegah." Lagipun, jika “حرام” di terjemah sebagai "suci" maka makna yang sama pada perkataan “حُرِّمَتْ” telah di terjemah pada Al Maaida : 3 sebagai bermaksud, bangkai, darah dan daging khinzir dijadikan sebagai “حرام.”
Perkataan “هَـذَا حَلاَلٌ وَهَـذَا حَرَامٌ” (ini Halal dan yang ini Haram) pada Qs 16:116 jelas di lihat di mana perkataan “حَرَامٌ” di letakkan bersebelahan perkataan “حَلاَلٌ” dan ini adalah bukti yang jelas lagi nyata bahawa Al Qur'aan menggunakan perkataan “حَرَامٌ” bermaksud: di tegah, diharamkan, tidak di benarkan, tidak diizinkan bertentangan dengan “حَلاَلٌ” yang bermaksud: diizinkan, dibenarkan dan halal.
Ayat-ayat mutasyabihaat
Dialah yang menurunkan Al-Kitaab (Al-Qur'aan) kepadamu. Sebahagian ayat-ayatnya adalah ayat-ayat yang muhkamat (jelas dan tidak memerlukan takwil), itulah induk Al-Kitaab dan sebahagian yang lain adalah ayat-ayat mutasyabihat. Maka adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan, mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya kecuali Ellah dan orang-orang yang mendalam ilmunya, mereka mengatakan, 'Kami beriman kepadanya (mutasyabihat), semuanya berasal dari Tuhan kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sehat"
Ayat-ayat Al Qur'aan juga memiliki makna pada persamaannya (mutasyabihat) maka, terdapat ayat-ayat yang tidak boleh di terjemah secara direct, tetapi perlu memahami makna di sebalik persamaannya.
Sesungguhnya Kami turunkan kepada mu Ärabiyyan Qur'aan - Yusuf 12 : 2 >> Taa Haa 20 : 113
Al-Qur'aan ini Arab yang fasih serta terang lagi nyata - Al-Nahl 16 : 103 >> Asy Syu'araa' 26 : 195 >> Az Zukhruf 43 : 3 >> Asy Syuuraa 42 : 7 >> Al-Ahqaaf 46 : 12
Ad Dukhaan 44 : 58 “فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ” Maka, Kami permudahkan ia (bahasa Al Qur'aan) dengan lidah kamu supaya kamu sentiasa mengingatinya.
laitu Araab Al-Qur'aan yang tidak mengandungi sebarang keterangan/maksud yang terpesong; supaya mereka bertaqwa - Az-Zumar 39 : 28
Al Qur'aan itu telah di tetapkan bahasanya pada Bahasa Arab maka, wajib ianya di terjemahkan di dalam bahasa yang telah di tetapkan oleh Dia Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan tidak boleh di terjemah maknanya sama sekali melalui bahasa selain dari yang telah ditetapkan itu kerana ia akan mengubah maksud serta akan terpesong dan menimbulkan fitnah dari keterangannya yang telah sedia nyata terang >> Surah Al Baqara : 191
** PENAFIAN - DISCLAIMER
Tidak menyatakan sama sekali bahawa terjemahan di lamanweb ini sahaja yang benar lagi tepat, namun, seikhlas hati hanya ingin menyediakan terjemahan Al-Qur'aan agar ia mudah di fahami dengan memberi ia makna yang lebih mendalam pada bahasa Araab-nya yang tersendiri, insya'llah.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala pujian hanya layak bagi Ällah Yang Maha Meliputi ilmuNya.
Segala yang baik dari Ällah SWT, khilaf dari saya 🙏
SalamunAlaykum.🙏
Sharifah Aminah Al Jamalulail