AL ISRAA'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

﴾ 1 ﴿ 
Maha Suci Tuhan yang memperjalankan hambaNya menuju (Israa) kepada Tuhan-nya di malam hari, dari ruang yang suci (Al'Masj'idi)  dari segala perkara yang haram  (Al'Haraami) ke ruang yang suci  (Al'Mas'jidi) nun jauh di hujung ufuk (Al'Aq'soa) melingkari dirinya dengan barakah Kami supaya Kami menunjukkan kepadanya melalui cahaya basirah tanda-tanda (yang nyata) dari ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Maha Melihat.
>> Ayat ini adalah berkaitan dengan Surah Al Fussilat 41 : 53

﴾ 2 ﴿ 
Dan Kami anugerah kepada Muusa El Kitaab dan menjadikannya manual arahan kepada hala tuju yang selamat kepada kaum yang menuju kepada Tuhan mereka (Bani Is'raa'illa). Dan jangan kamu bulatkan hati dan tumpuan kepada kepercayaan, berkepastian, berhasrat dengan niat yang bersungguh serta berkehendak dan tekad kepada Wakil/penolong selain Aku  
﴾ 3 ﴿ 
Zuriat yang Kami bawa bersama Nuuh. Sesungguhnya, dia adalah hamba yang bersyukor. 
﴾ 4 ﴿ 
Dan Kami telah menetapkan kepada kaum yang menuju kepada Tuhan (Banii Is'raa'iila) di dalam Al Kitaab iaitu "'Kamu akan melakukan korupsi/kerosakan di dalam mukabumi dua kali dan kamu akan sampai kepada kesombongan/kemegahan dengan agong/tinggi/besar.  
﴾ 5 ﴿ 
Maka apabila datang janji pertama dari yang keduanya, Kami kirimkan hamba-hamba Kami; yang memiliki pandangan yang mendalam dan kekuatan, keberanian dan ketegasan ke atas kamu, maka mereka masuk dengan berulang-ulang dengan niat mencari/menyelidik, meronda, menyusup dan menguasai di sekeliling sambil menghancurkan melalui celah-celah perkampungan dan janji ini pasti berlaku.
﴾ 6 ﴿ 
Kemudian Kami kembalikan serangan kepada kamu untuk di balas ke atas mereka dan Kami menambah kamu dengan kekayaan dan anak-anak; dan Kami jadikan kamu pasukan yang lebih kuat.
﴾ 7 ﴿ 
Jika kamu melakukan kebaikan, maka ihsan itu adalah untuk apa yang ada di dalam diri kamu, dan jika kamu melakukan kejahatan maka ianya ke atasnya jua. Maka, apabila janji terakhir mendatangkan keburukan, kehinaan dan penderitaan serta mencemarkan kehormatan kamu, maka masuklah ke dalam ruang yang suci (Al Masjida) sebagaimana kamu pada awalnya memasukinya dengan cara yang tersembunyi pada pertama kali untuk memusnahkan ketinggian/kesombongan kamu itu. 
﴾ 8 ﴿ 
Semoga Tuhan Kamu akan belas kasihan kepada kamu. Dan jika kamu ulangi, Kami akan ulangi. Dan Kami jadikan jahanam sebagai hamparan kepada mereka yang tidak percaya (kafir).
﴾ 9 ﴿ 
Sesungguhnya, Al Quraan ini membimbing kepada apa yang paling tepat dan betul dan khabarkan berita gembira kepada mereka yang mu'min yang mengerjakan perkara soleh bahawa mereka akan memperolehi ganjaran yang besar. 
﴾ 10 ﴿ 
Dan mereka yang tidak beriman dengan perkara akhirat, Kami telah sediakan azab yang pedih untuk mereka.
﴾ 11 ﴿ 
Dan insaan mengundang kejahatan semasa dia berdoa untuk kebaikan dan insaan itu suka tergesa-gesa.
﴾ 12 ﴿ 
Dan Kami jadikan kegelapan dan cahaya yang menyinari tanda-tanda dan Kami hapuskan tanda-tanda kegelapan dan menjadikan tanda-tanda cahaya yang menyinari itu kelihatan terang supaya kamu dapat mencari keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat, kehebatan, keunggulan dan pencerahan yang ada di dalamnya dari Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hisabnya. Dan pada semua perkara (agama, dunia dan hidup), Kami telah menghuraikannya satu persatu dengan terperinci.
﴾ 13 ﴿ 
Dan setiap insaan, Kami lekat/ikat/genggam beban thyroid (Toa'ira) di leher mereka dan Kami keluarkan kitab perbuatan kepadanya pada fasa-fasa imbalan yang di pulangkan kembali sebagai hamparan/paparan kepada mereka.
>> Thyroid mengawal metabolisma: ia adalah alat yang mengawal fungsi tubuh. 

﴾ 14 ﴿ 
Baca (sebut, ambil pelajaran, telaah, fahami, renung) kitab perbuatan kamu! Cukup-lah jiwa kamu sebagai hisab kepada fasa-fasa perbuatan itu ke atas diri kamu.  
﴾ 15 ﴿ 
Sesiapa yang di bimbing kepada petunjuk, maka, bimbingan itu hanya untuk jiwanya dan sesiapa yang sesat, maka kesesatan itu hanya ke atas dirinya. Dan tiada seorang pun yang akan memikul beban tanggungjawab orang lain ke atas dirinya. Dan tidak Kami azab seseorang sehingga Kami kirimkan berita besar dari seorang utusan Kami.
﴾ 16 ﴿ 
Dan apabila Kami kirim guruh petir untuk membinasakan sesuatu bandar/perkampungan, Kami turunkan perintah kepada mereka yang hidup senang lenang itu tetapi mereka berlaku fasik di dalamnya. Maka, benarlah ke atas mereka perkataan itu dan Kami hancurkan mereka dengan kemusnahan yang dahsyat.
﴾ 17 ﴿ 
Dan berapa banyak generasi Kami hancur dan musnahkan selepas dari Nuuh? Dan cukup-lah Tuhan kamu Maha Melihat betapa besar dosa hamba-hambaNya.
﴾ 18 ﴿ 
Sesiapa yang berkehendak dengan tergesa-gesa, Kami akan percepatkan ia kepadanya apa yang telah Kami tentukan di dalamnya apa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami menetapkan jahanam kepadanya dan ia di bakar lalu ditundukkannya kepada celaan.
﴾ 19 ﴿ 
Dan sesiapa yang berkehendak kepada akhiraat dan berusaha dengan tekun dan dia mu'min maka mereka itulah usaha mereka di hargai dan di terima.
﴾ 20 ﴿ 
Kami hulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka ini (mu'min yang berusaha dengan tekun pada hal-hal akhirat) dan mereka-mereka inilah yang akan memperolehi pemberian dari Tuhan mereka dan pemberian dari Tuhan mereka itu tidak akan di sekat mahupun di halang.
﴾ 21 ﴿ 
Perhatikan bagaimana Kami berikan keistimewaan, kelebihan, kemuliaan, faedah, manfaat, keunggulan dan kehebatan sebahagian dari mereka ke atas sebahagian yang lain. Dan akhiraat itu besar darjatnya dan besar keunggulannya.
﴾ 22 ﴿ 
Jangan adakan tuhan yang lain dari Ellahi, jika ada yang sedemikian rupa, maka kamu akan kekal ditinggalkan, dipermalukan, diperlakukan dengan kehinaan, disengsarakan, dibiarkan tanpa pertolongan dan kamu akan kekal tidak berdaya.😢
﴾23﴿ 
Dan Tuhan kamu telah menetapkan kepada kamu untuk tidak menghambakan diri melainkan hanya kepadaNya dan ihsan kepada ibubapa samada salah seorang dari mereka atau mereka berdua telah mencapai usia yang lanjut dan jangan berkata kepada mereka berdua "Uff" dan jangan menyangkal mereka berdua dan berkata-katalah dengan perkataan yang mulia.
﴾24﴿ 
Dan rendahkanlah diri kamu kepada mereka berdua dengan sayap tawaduk dari belas kasihan, kurnia, berkat dan kebaikan dan katakan: "Tuhan-ku, kasihani-lah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan membesarkan aku ketika aku masih kecil."
﴾25﴿ 
Tuhan kamu mengetahui apa yang ada di dalam jiwa dan kesedaran pada nafas (Nufus) kamu. Dan jika kamu soleh dan bertaqwa, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun kepada mereka yang memohon keampunanNya.
﴾26﴿ 
Dan berikan kepada kerabat-kerabat kamu akan hakNya untuk diterima dan dipenuhi dan mereka yang miskin dan musafir yang berpetualang di jalan Allah dan jangan kamu membazir dan menabur dengan berlebihan.
﴾27﴿ 
Sesungguhnya, pembazir, pemboros dan mereka yang mensia-siakan perkara yang baik dan yang telah ditetapkan adalah ikhwan para syaitan dan syaitan itu sangat kufur kepada Tuhan-nya. 
﴾28﴿ 
Dan jika kamu menolak/menjauhkan/mengabaikan mereka untuk mencapai/mencari rahmat dari Tuhan kamu sepertimana yang kamu harap dan inginkan, maka berkata-katalah kepada mereka dengan perkataan yang mudah dan senang di terima.
﴾29﴿ 
Dan jangan kamu jadikan tangan kamu sebagai belenggu pada leher kamu mahupun mendepa/membentang/menghulurkan dengan sepenohnya untuk melampaui batas, maka menjadilah kamu di dalam  keadaan tercela, lemah, kepayahan, kelesuan serta keletihan.
>> Ayat ini berkenaan Al Israa : 13
Belenggu di leher adalah Thyroid >> sistem tubuh menjadi lemah, letih, lesu dan ini adalah suatu kepayahan kerana tidak dapat hidup dengan baik kerana metabolisma tubuh telah tercela. 

﴾30﴿ 
Sesungguhnya, Tuhan kamu meluaskan rezekiNya dan menyempitkannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya sesuai dengan kehendakNya. Sesungguhnya, Dia adalah dengan hamba-hambaNya Maha Besar KebesaranNya lagi Maha Melihat.   
﴾31﴿ 
Dan jangan kamu bunuh anak-anak/keturunan kamu kerana takut akan kepapaan/kemiskinan. Kami yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada setiap dari kamu. Sesungguhnya, membunuh mereka adalah suatu kesalahan yang sangat besar
﴾32﴿ 
Dan jangan kamu hampiri perbuatan yang membawa kepada kegelinciran jiwa, menganggu kesucian fitrah sehingga membawa benih yang merosakkan keturunan, nafsu yang melampaui batas fitrah, sama ada dengan perbuatan nyata, tangan atau hati kamu yang membawa perasaan hasad, fitnah, maksiat tersembunyi - (Az-Ziina). Sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji lagi menjijikkan dan jalan yang membawa kepada keburukan.
>> Zina zahir dan batiin - menjaga tubuh dan masyarakat daripada kerosakan nyata dan menjaga hati dan jiwa daripada kerosakan batin.

﴾33﴿ 
Dan jangan kamu bunuh jiwa yang Ellahu telah mengharamkannya melainkan dengan keadilan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh dengan cara yang zalim, maka Kami telah menetapkan kuasa kesultanan kepada pelindong mereka maka jangan melakukan sebarang pelanggaran di dalam hal-hal yang membabitkan pembunuhan. Sesungguhnya, dia akan di beri pertolongan.
﴾34﴿ 
Dan jangan hampiri mereka yang yatiim dengan berpaling dari mereka atau condong, menyimpang serta menyeleweng dari perkara yang benar melainkan dengan apa yang terbaik untuk mereka sehingga mereka mencapai kematangan dan penohi-lah ia dengan perjanjian. Sesungguhnya, perjanjian itu kelak akan di pertanggungjawabkan.
﴾35﴿ 
Dan penohi-lah setiap perkara itu dengan ukuran apabila kamu mengukur dan timbang-lah ia dengan timbangan dengan istiqama. Itu adalah lebih baik dan ta'wil yang terbaik untuk kamu.
﴾36﴿ 
Jangan-lah kamu turuti apa yang kamu tiada ilmu mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (fuad), semua mereka ini akan dipertanggungjawab kelak.
﴾37﴿ 
Dan jangan kamu berjalan di dalam mukabumi ini dengan keangkuhan, bergembira secara berlebihan, kemegahan, ujub, takabbur, kelalaian akibat terlalu kagum dengan diri dan hal-hal dunia. Sesungguhnya kamu tidak akan boleh merobek dan melukai mukabumi itu dan tidak akan kamu mencapai kedudukan pada ketinggiannya.
﴾38﴿ 
Segala perkara kejahatan adalah sangat di benci oleh Tuhan kamu.  
﴾39﴿ 
Ini adalah apa yang telah di ilhamkan ke atas kamu dari Al Hikmah. Maka, jangan adakan tuhan yang lain dari Ellahi; maka kamu akan di humban ke dalam jahanam, tercela dan dipinggirkan dengan kehinaan.
﴾40﴿ 
Adakah Tuhan kamu telah memilih/menjadikan istimewa/menetapkan dengan khusus melalui keturunan-keturunan kamu dan beriktikad dengan para malaikat yang feminin? Sesungguhnya kamu telah katakan suatu perkataan yang sangat agong dasyatnya.
﴾41﴿ 
Dan sesungguhnya Kami telah sorof/menjelaskan dengan berbagai cara di dalam bentuk perbandingan yang berbeza-beza di dalam Al Quraan supaya ia memberi peringatan, dan tidak ia menambah serta meningkatkan keberkatan, rahmat, kurniaan, kebaikan, kebahagiaan dan keselamatan kepada mereka melainkan mereka menolak/berpaling/enggan mendekatinya dan menjauhkan diri darinya.
﴾42﴿ 
Katakan: "Sekiranya ada tuhan-tuhan bersamaNya sepertimana apa yang mereka perkatakan, dengan yang demikian, mereka-mereka ini-lah yang akan menginginkan, mencari dan berusaha mendapatkan jalan melainkan kepada Pemilik Al Arashy."
﴾43﴿
Maha Suci kepadaNya, dan Dia Maha Tinggi kedudukanNya, Maha Mulia, Maha Besar Maha Luhur serta jauh dari segala kekurangan dan sekutu dari apa yang telah mereka perkatakan.
﴾44﴿ 
Kepada Dia bertasbih tujuh dimensi langit dan bumi dan apa jua yang ada di perantaraannya. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan puji-pujian kepadaNya, akan tetapi kamu tidak dapat menyingkap/memahami/mengerti/mengungkap apa yang ditasbih oleh mereka itu. Sesungguhnya, Dia Maha Penyantun Maha Pengampun.
﴾45﴿ 
Dan sesiapa yang mengaji/mengerti/masyurkan/memahami, menerima, mengenali, menyedari, tahu dan mafhum (Qara'ta) Al'Qur'aan, Kami menetapkan hijab pada rahsianya di antara kamu dan di antara mereka yang tidak beriman dengan akhirat. 
﴾46﴿ 
Dan Kami menetapkan perbendaharaan sebagai penutup ke atas hati mereka agar mereka tidak dapat memahami dengan mendalam dan pada telinga mereka supaya mereka tidak dapat mendengar. Dan apabila kamu menyebut hanya Tuhan kamu semata-mata di dalam Al Quraan, mereka menjauh/berpaling dengan penolakan yang keras.
﴾47﴿ 
Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang diperdengarkan kepada mereka, dan apabila mereka mendengar kamu, dan apabila mereka berbual secara rahsia. Apabila mereka yang zalim berkata, "Kamu menurut melainkan kepada lelaki yang terkena sihir dengan mantra dan pesonanya."
﴾48﴿ 
Lihat bagaimana mereka telah mengadakan ilustrasi itu kepada kamu. Maka, mereka telah sesat dan tidak mereka memperolehi/mencapai jalan yang lurus.
﴾49﴿ 
Dan mereka berkata, "Adakah apabila kami telah menjadi tulang dan hancur menjadi kepingan debu, kami sesungguhnya akan di bangkitkan pada bentuk yang baru?"
﴾50﴿ 
Katakan: "Menjadilah batu-batu atau besi!" 
﴾51﴿ 
atau bentuk apa jua yang lebih besar dari itu di dalam dada kamu!" Maka, mereka akan katakan; "Siapa yang akan mengembalikan kami?" Maka mereka akan menggeleng kepala mereka kepada kamu dan berkata, "Bila-kah ia?" Katakan: "Mudah-mudahan ia adalah sangat dekat."
﴾52﴿ 
Dia akan memanggil kamu, di dalam suatu proses secara berperingkat, maka hendaklah kamu menyahut/menjawab/membalas panggilan itu dengan puji-pujian kepadaNya dan kamu menduga kamu hanya berada hanya sejenak.
﴾53﴿ 
Dan katakan kepada hamba-hambaKu untuk berkata apa yang terbaik. Sesungguhnya syaitan itu menyemai persengketaan/perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata kepada insaan.
﴾54﴿ 
Dan Tuhan kamu amat mengetahui/mengenal kamu semua dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengasihani kamu atau jika Dia kehendaki, Dia akan azab kamu. Dan tidak Kami utuskan kamu sebagai Wakil/penolong ke atas mereka.
﴾ 55 ﴿ 
Dan Tuhan kamu mengetahui apa jua yang ada di dalam langit dan di mukabumi. Dan sesungguhnya Kami telah memilih sesetengah para Nabi ke atas yang lain. Dan Kami anugerah kepada Daawuud, Kitab Zabuur.
﴾56﴿ 
Katakan, "Seru mereka yang kamu dakwa selain dariNya, dan mereka tidak memiliki kuasa untuk menyingkir, menghilangkan, menghapus dan menolak mudarat, bahaya, kesengsaraan, kesakitan dan penderitaan dari kamu mahupun memalingkan, mengalihkan dan mengembalikannya kepada asal.
﴾57﴿ 
Mereka yang menyeru itu mencari wasila selain dari Tuhan mereka, mana di antara mereka yang dapat menjadikan mereka akrab dan mengharap rahmatNya dan takut-lah kamu akan azabNya. Sesungguhnya, azab Tuhan kamu adalah sesuatu yang perlu kamu takuti dan geruni.
﴾58﴿ 
Dan tidak ada perkampungan atau bandar melainkan Kami telah hancur dan memusnahkan mereka sebelum datangnya fasa-fasa kiamat atau mengazab mereka dengan azab yang keras lagi buruk. Ini telahpun di catat di dalam Al Kitaab.
﴾59﴿ 
Dan tidak ada sesuatupun yang dapat menahan Kami dari mengutuskan tanda-tanda kepada ayat-ayat Kami melainkan mereka yang awal dahulu telah menafikannya. Dan Kami utuskan kepada kaum Thamud seorang yang taat menjalankan tugas dan dihormati (Al Naqaata), suatu tanda yang disembunyikan, akan tetapi mereka telah menzaliminya. Dan tidak Kami utuskan pencerahan kepada ayat-ayat Kami melainkan untuk memperingatkan mereka dengan ancaman. 
﴾60﴿ 
Dan apabila Kami berkata, "Sesungguhnya, (kuasa dan ilmu) Tuhan kamu meliputi dan mencakupi segala manusia." Dan tidak kami jadikan pandangan, pengamatan, tatapan, pemandangan itu (Al-Ru'ya) melainkan sebagai fitnah kepada manusia dan begitu juga pada perselisihan/persengketaan yang di kutuk di dalam Al Quraan. Dan Kami mengancam mereka, akan tetapi ia tidak menambahkan mereka melainkan kepada pelanggaran dan penderhakaan yang sangat besar.
﴾61﴿ 
Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Tunduk (sujud) kepada anak-anak Adam (Adama)!" maka mereka tunduk (sujud) melainkan iblis. Dia iblis berkata, "Adakah patut aku sujud dan tunduk yang Engkau ciptakan ia dari debu (bintang) (Tiinan)?"

NOTA: Al Qalam : 4 >> At Tariq : 1 - 5 >> At Tiin : 1 >> Al An'aam : 2 (Tiinin) 
Tiinan dari kata akar ط ي ن bermaksud sesuatu yang mulia pada ketinggian nilainya. Para saintis mendapati tubuh manusia dewasa, jumlah selnya sama dengan jumlah bintang di dalam satu galaxi >> 1 galaxi 120 billion bintang dan terdapat 120 billion neuron di dalam otak. Satu kajian terbaru juga telah memetakan elemen yang terdapat pada tubuh manusia, sama sepertimana elemen-elemen yang terdapat pada bintang-bintang di galaxi. 
Debu + Air = tanah liat (clay) >> Al Anbiyaa : 30  Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup.

﴾62﴿ 
Dia (iblis) berkata, "Ada-kah Engkau telah mempertimbangkan ini yang Engkau lebih muliakan ke atas aku?" Jika Engkau lewatkan aku sehingga datang fasa-fasa kiamat, aku akan menguasai zuriat-zuriat mereka dan menyesatkan serta menjerat mereka sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri, melainkan sedikit."
﴾63﴿ 
Dia (Tuhan) berkata, "Berangkat-lah kamu! Maka sesiapa dari mereka yang tabiatnya mengikut kamu, maka sesungguhnya jahanam adalah balasan yang akan melimpah tanpa dikurangi ke atas mereka itu.
﴾64﴿
Dan pancing, goda, dorong dan provokasi sesiapa yang kamu mampu hasut di kalangan mereka dan himpunkanlah ke atas mereka dengan suaramu dan kerah serta gempur dengan pasukan-pasukan kamu dan turut, berkongsi dan sertai mereka di dalam kemewahan mereka dan anak-anak keturunan mereka dan adakan-lah apa jua perjanjian dengan mereka. Dan syaitan itu hanya berjanji kepada perkara-perkara ilusi.
﴾65﴿ 
Sesungguhnya, kamu tidak ada kuasa, kekuatan dan pengaruh ke atas hamba-hamba Ku untuk menguasai, menundukkan dan mengawal mereka. Dan cukup-lah Tuhan kamu sebagai Wakil/penolong mereka. 
﴾66﴿ 
Tuhan kamu adalah Dia yang menggerakkan sesuatu mengikut arus pada orbit-nya (ilmu falak) (Al'Ful'ka) untuk kamu di lautan yang terbentang luas supaya kamu dapat menyelidik, menggali, mencari keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat, kehebatan serta keunggulannya. Sesungguhnya adalah Dia Maha Pengasih terhadap kamu.
** Ilmu falak ialah kajian tentang kedudukan, pergerakan, orbit dan fenomena jasad-jasad langit yang mempengaruhi arus seperti arus laut, waktu solat dan lain-lain.
﴾67﴿ 
Dan apabila kamu di datangi bahaya di dalam lautan yang terbentang luas, mereka yang kamu seru menjadi hilang, melainkan hanya Dia yang di seru. Maka, apabila Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan insaan itu adalah sangat kufur.
﴾68﴿ 
Adakah kamu akan merasa selamat jika Dia menyebabkan daratan itu menelan kamu atau di hitung ke atas kamu? Kemudian kamu tidak akan dapati sebarang Wakil/penolong untuk kamu.
﴾69﴿ 
Atau adakah kamu akan merasa selamat jika Dia mengembalikan kamu (ke lautan yang terbentang luas) pada masa lain dan menghantar ribut taufan dari angin dan menenggelamkan kamu kepada apa yang kamu kufurkan? Kemudian kamu akan dapati kamu tidak beroleh (pertolongan) dari pengikut setia (yang kamu seru) itu ke atas Kami.
﴾70﴿ 
Dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam (Aadama) dan membawa mereka ke daratan dan ke lautan yang terbentang luas dan memberi mereka rezeki dari benda-benda yang baik, suci dan benar dan Kami berikan kepada mereka keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat, kehebatan serta keunggulan dan keutamaan ke atas mereka dari makhluk yang lain yang Kami ciptakan. 
﴾71﴿ 
Pada fasa-fasanya, Kami akan memanggil setiap manusia dengan Imam mereka. Maka, sesiapa yang memberi rekod-nya dengan tangan kanannya, maka mereka itu-lah yang akan melafazkan rekod mereka tanpa di zalimi dan tidak akan di pintas mahupun di gulung walau seurat benang.
﴾72﴿
Dan sesiapa yang buta di dunia, maka dia akan buta di akhirat dan sesat serta tersasar dari jalan (yang lurus).
﴾73﴿ 
Dan walaupun mereka nyaris-nyaris memikat kamu untuk memesongkan kamu kepada apa yang telah Kami wahyukan ke atas kamu supaya kamu mengadakan kepalsuan ke atas Kami dan sekiranya itu berlaku, maka menjadilah mereka teman rapat kamu.
﴾74﴿ 
Dan jika tidak kerana Kami mantapkan serta teguhkan pendirian kamu, kamu akan hampir-hampir cenderung ke atas mereka pada beberapa perkara.
﴾75﴿ 
Kemudian Kami akan membuat engkau merasai (hukuman) berganda di dalam kehidupan ini dan berganda selepas kematian kamu, kemudian kamu tidak akan perolehi sebarang bantuan ke atas Kami untuk kamu.
﴾76﴿ 
Dan mereka hampir akan menggoncang kamu dari bumi ini untuk mengusir kamu daripadanya. Dan kemudian, mereka tidak akan segera meninggalkannya setelah menentang mu, melainkan sedikit.
﴾77﴿ 
Itu adalah sunnah mereka yang Kami telah sampaikan sebelum kamu dari utusan-utusan Kami dan kamu tidak akan dapati sebarang perubahan pada sunnah Kami. 
﴾78﴿ 
Dirikan/tegakkan As'Solaat ketika tenggelamnya matahari sehingga kegelapan malam dan Qur'aan pada waktu fajr. Sesungguhnya, Qur'aan pada waktu fajr akan menjadi saksi.
﴾79﴿ 
Dan di malam hari, maka laksanakan tahajjud dengannya (Qur'aan) sebagai manfaat untuk kamu semoga Tuhan kamu mengangkat kamu pada Maqam Mahmudaa.
﴾80﴿ 
Dan katakan, "Tuhan ku, perkenankanlah kemasukan ku ke pintu siddiq dan keluarkanlah daku dari pintu siddiq dan anugerahkanlah kepada ku sokongan, kemenangan, kekuasaan untuk mengawal dan memerintah, hujah yang menyakinkan dengan bukti yang jelas serta kekuatan dan pengaruh untuk menguasai dan menundukkan dari sisi Mu." 
﴾81﴿ 
Dan katakan, "Kebenaran telah datang, dan kebatilan telah terhapus. Sesungguhnya kebatilan pasti akan di hapuskan dan dilenyapkan."
﴾82﴿ 
Dan Kami turunkan dari Al Qur'aan yang ianya menjadi syifaa dan rahmat kepada mereka yang mu'min dan tidak mengimbuhkan, melebihkan, menambah dan meningkatkan mereka yang zalim melainkan kerugian.
﴾83﴿ 
Dan apabila Kami kurniakan limpahan ke atas insaan, mereka berpaling menjauhkan diri dengan mengenepikannya (Al Qur'aan), dan apabila keburukan, kehinaan dan mudharat menyentuhnya, menjadilah dia berputus asa.
﴾84﴿ 
Katakan, "setiap perbuatan, tatacara hidup, tindakan dan aksi adalah ke atas hala yang sesuai dengan keadaan pada kelakuan, tingkah laku, perangai, watak, bentuk rupa pada tabiatnya dan Tuhan kamu mengetahui siapa dia yang di bimbing ke jalan yang lurus."
﴾85﴿ 
Dan mereka bertanya kepada mu tentang Ar Ruuh. Katakan, "Ar Ruuh itu adalah dari perintah Tuhan kamu dan kamu tidak di beri ilmu mengenainya melainkan sedikit."
﴾86﴿ 
Dan sesungguhnya, jika Kami kehendaki, Kami pasti akan membawa pergi apa yang telah Kami wahyukan ke atas kamu, kemudian, tidak akan kamu dapati untuk kamu Wakil/penolong ke atas Kami untuk mengembalikannya.
﴾87﴿ 
melainkan dengan rahmat dari Tuhan kamu. Sesungguhnya, keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat, kehebatan, keunggulan dari-Nya itu adalah sangat besar ke atas kamu.
﴾88﴿ 
Katakan, "Sesungguhnya jika insaan dan golongan jiin berijtimak ke atasnya untuk menghadirkan perumpamaan yang sama pada Al Qur'aan ini, mereka tidak dapat menghadirkan perumpamaan yang sama dengannya walau mereka saling membantu di antara mereka."  
﴾89﴿ 
Dan sesungguhnya Kami telah sorof/menjelaskan dengan berbagai cara di dalam bentuk perbandingan yang berbeza-beza di dalam Al Quraan setiap perumpamaan kepada manusia, akan tetapi kebanyakan dari manusia itu menolaknya dengan kekufuran.
﴾90﴿ 
Dan mereka katakan, "Kami tidak akan beriman dengannya (Al Qur'aan) sehingga engkau memancarkan dan mengalirkan di dalamnya kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran, kehidupan rohani yang memberi kurniaan (Al-Anhara) di mukabumi ini untuk kami.
>> Sungai melambangkan roh kehidupan serta kurniaan-kurniaan yang dilimpahi melaluinya.

﴾91﴿ 
atau, adakan halaman-halaman yang melimpah (ilmu, hikmah, nur rohani) yang tersusun di antara satu sama lain untuk menguatkan jasad dan rohani, keteguhan dan kekuatan (nakhilin) dari gugusan yang terdiri daripada butiran kecil yang bersatu pada satu ikatan yang kukuh (wa'inabin) untuk kamu dan kemudian pancarkan dan alirkan darinya kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran, kehidupan rohani yang memberi kurniaan dari celah-celahnya dengan melimpah terus menerus. 
>> Pohon korma adalah ayat mutasyabihaat dan ia adalah simbol seorang mu'min. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, “Perumpamaan seorang mukmin itu seperti pohon kurma; apa saja darinya memberi manfaat.” 
>> Gugusan anggur melambangkan ilmu dan hikmah yang banyak, di mana setiap butir memberi kelazatan iman dan umpama ilmu yang menghidupkan jiwa. Juga pohon korma dan pohon anggur bermaksud, walau ramai insaan tetapi berpaut kepada ikatan yang satu, tegoh dan kukuh. 

﴾92﴿ 
atau gugurkan dari ketinggian bahagian-bahagiannya ke atas kami sepertimana dakwaan kamu atau datang dengan Ellahi dan para malaikatNya dengan cara berhadapan secara nyata.
﴾93﴿ 
atau adakah perubahan (jiwa) dari perhiasan kemuliaan dan martabat bayt untuk kamu atau adakah kamu di angkat ke dalam ketinggiannya? Dan tidak kami beriman sehingga engkau menampakkan pandangan itu untuk pengamatan kami sehingga kamu turunkan Kitaab ke atas kami untuk kami baca dan menatapnya. Katakan, "Maha Suci Tuhan ku! Aku hanyalah seorang manusia sebagai utusan."
﴾94﴿ 
Dan apa yang menghalang manusia dari beriman dengan Al Huda yang di datangkan kepada mereka melainkan mereka berkata, "Adakah Ellahu telah menghantar seorang manusia sebagai utusan?" 
﴾95﴿ 
Katakan, "Jika ada para malaikat di dalam mukabumi ini berjalan dengan tenang, sudah tentu Kami turunkan malaikat sebagai utusan dari tempat yang tinggi ke atas mereka.
﴾96﴿ 
Katakan, "Cukuplah Ellahi sebagai saksi di antara aku dan kamu. Sesungguhnya, Dia Maha Besar dengan KebesaranNya dan Dia Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
﴾97﴿ 
Dan sesiapa yang Ellahu beri petunjuk maka dia akan di bimbing dan sesiapa yang di biarkannya tersasar maka tidak akan kamu dapati penolong selain dariNya untuk mereka. Dan Kami akan himpunkan mereka pada fasa-fasa kiamat ke atas wajah mereka: buta, tuli dan bisu. Perlindongan mereka adalah jahanam; dan apabila ia malap, Kami akan meningkatkannya dengan api yang menjulang.
﴾98﴿ 
Ini adalah ganjaran balasan kepada mereka kerana mereka kufur dengan ayat-ayat Kami dan berkata, "Apabila kami telah menjadi tulang dan kepingan debu, adakah kami akan dibangkitkan sebagai bentuk yang baru?"
﴾99﴿ 
Atau tidak-kah mereka menyingkap bahawa Ellaha yang menjadikan langit dan bumi berkuasa menentukan ke atas semua ciptaan pada persamaan mereka dan menjadikan ajal untuk mereka yang tiada syak baginya lagi? Maka, mereka yang zalim menafikannya melainkan dengan kekufuran.
﴾100﴿ 
Katakan, "Jika kamu memiliki khazanah dari rahmat Tuhan, tentulah kamu akan menahannya kerana takut untuk infaq. Dan insaan itu bakhil.
﴾101﴿ 
Dan sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepada Musa sembilan tanda dengan jelas nyata, maka bertanyalah kepada kaum yang menuju kepada Tuhan (Banii Is'raa'iila), apabila datang kepada mereka maka Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, sesungguhnya aku fikir bahawa kamu terkena sihir dengan mantra dan pesona kamu."  
﴾102﴿ 
Dia (Musa) berkata, "Sesungguhnya kamu mengetahui tidak di turunkan pengiktirafan kepada orang-orang ini melainkan Tuhan yang menjadikan langit dan bumi sebagai pandangan yang jelas dan wahai Firaun, sesungguhnya aku fikir kamu akan binasa."
﴾103﴿ 
Maka dia (Firaun) berniat untuk menyingkir mereka dari mukabumi maka Kami tenggelamkannya dan mereka yang bersama dengannya, kesemuanya.
﴾104﴿ 
Dan Kami katakan kepada kaum yang menuju kepada Tuhan (Banii Is'raa'iila) selepas darinya, "Tinggal-lah kamu menetap di mukabumi maka apabila datangnya janji akhirat, Kami akan menghimpunkan kamu bercampur-aduk dari segenap penjuru."
﴾105﴿ 
Dan Kami turunkan (Al Qur'aan) kepada kamu dengan benar dan Kami telah mengungkapnya dengan benar. Dan Kami hanya utuskan kamu melainkan sebagai pembawa khabar dan pemberi amaran.
﴾106﴿ 
dan Qur'aan, telah Kami bahagikannya dengan berperingkat-peringkat (sebagai kesabaran, penghayatan dan rahmat di dalam proses tarbiyah rohani) supaya kamu membaca ke atas manusia dengan perlahan pada durasinya untuk menghayati, mengamalkannya dan merenung setiap ayat. Dan Kami turunkannya secara beransur-ansur.
﴾107﴿ 
Katakan, "Selamat dengannya atau tidak selamat dengannya. Sesungguhnya, mereka yang di beri ilmu sebelum daripada itu, apabila membaca ke atas mereka, mereka tunduk sujud dengan merendah diri."  
﴾108﴿ 
dan mereka berkata, "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami adalah termaktub."
﴾109﴿ 
Dan mereka tunduk merendah diri dengan tangisan dan mereka bertambah kusyuk padanya (Al Qur'aan).
﴾110﴿ 
Katakan, "Seru Ellaha atau seru Ar Rahmaan dan mana yang kamu seru, kepadaNya milik Al Asmaau Al Husnaa. Dan jangan kamu tinggikan suara di dalam solat atau diam di dalamnya tetapi cari-lah jalan di antaranya.
﴾111﴿ 
Dan katakan, "Segala pujian hanya bagi Ellahi yang tidak mengambil anak lelaki mahupun Dia ada sekutu di dalam KerajaanNya mahupun Dia ada penolong atau pembantu dari kelemahanNya dan besar-besarkanlah kebesaranNya dengan takbir."