بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
﴾ 1 ﴿
Barakah yang berkekalan yang di tanganNya sebagai pemilik yang berdaulat dan Dia Maha Berkuasa Maha Menentukan ke atas semua perkara
﴾ 2 ﴿
Dia yang menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji siapa di antara kamu yang paling cemerlang amalan-nya dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun
﴾ 3 ﴿
Dia yang menciptakan tujuh dimensi langit lapisan demi lapisan mengikut kesesuaian pada persamaannya masing-masing. Tidak akan kamu dapati sebarang ketidaksamaan ketidakserasian, kecacatan, kekurangan mahupun tidak seimbang di dalam penciptaan Ar Rahmaan. Sesungguhnya, kembalikan penglihatan kamu! Ada kamu lihat sebarang kecacatan?
﴾ 4 ﴿
Kemudian, kembalikan penglihatan kamu sekali lagi, penglihatan itu akan dikembalikan balik ke atas kamu sehingga kamu rasa rendah diri dan kepenatan
﴾ 5 ﴿
Dan Kami telah menghiasi dunia langit dengan cahaya dan jadikan mereka sebagai rejaman terhadap syaitan, dan Kami sediakan azab api yang menjulang
﴾ 6 ﴿
Dan kepada mereka yang kufur dengan Tuhan mereka, azab jahanam untuk mereka! Dan kecelakaan adalah tempat kesudahan mereka
﴾ 7 ﴿
Apabila mereka di lemparkan ke dalamnya, mereka dapat mendengar dengusan nafas umpama air mendidih yang menggelegak
﴾ 8 ﴿
nyaris kelihatan menonjol kemarahannya. Setiap kali satu kumpulan di lempar ke dalamnya, penjaga mereka akan bertanya kepada mereka: "Tidak-kah datang kepada kamu pemberi amaran?
﴾ 9 ﴿
Mereka berkata, "Sesungguhnya telah datang kepada kami pemberi amaran tetapi kami menafikannya dengan berkata "Tuhan tidak menurunkan dari kamu apa jua perkara, kamu hanya-lah di dalam kesesatan yang besar
﴾ 10 ﴿
Dan mereka akan berkata, "Hanya-lah jika kami mendengar atau menggunakan aql untuk memikir, tidak akan kami menjadi di antara penghuni api yang menjulang tinggi
﴾ 11 ﴿
Maka mereka mengaku akan dosa-dosa mereka itu. Maka, hancur lebur penghuni itu kepada api yang menjulang tinggi
﴾ 12 ﴿
Sesungguhnya mereka yang melenyapkan diri mereka dengan menyelubungi diri dengan ketakutan kepada Tuhan mereka akan memperolehi makrifah dan amat besar ganjaran itu kepada mereka
﴾ 13 ﴿
Samada kamu menyatakannya di dalam lubuk hati paling dalam (sirr) atau menyatakannya secara terbuka, sesungguhnya, Dia mengetahui apa yang ada di dalam dada kamu
﴾ 14 ﴿
Adakah Dia yang mencipta kamu tidak mengetahui padahal Dia Maha Besar Kehalusan-Nya
﴾ 15 ﴿
Dia-lah yang menjadikan bumi tunduk, mudah dikendalikan dan di kawal untuk kamu; maka berjalan-lah pada sisi bahu-bahunya dan makan-lah rezeki dariNya. Dan kepada Ellahi kamu akan di bangkitkan
﴾ 16 ﴿
Adakah kamu selamat jika di dalam langit Dia menyebabkannya meruntuhkan dan menenggelamkan bumi bersama kamu secara tiba-tiba, dan kemudian ia menjadikan ia bergoyang dan bergerak (tremor)?
﴾ 17 ﴿
Atau, selamat-kah kamu jika di dalam langit Dia menyebabkan ia mengadakan hitungan ke atas perbuatan kamu? Maka, ketahui-lah bagaimana amaran, teguran dan pemerhatian Aku itu
﴾ 18 ﴿
Dan sesungguhnya mereka yang sebelum daripada kamu juga menafikannya. Maka, perhatikan bagaimana dasyat celaan Aku itu
﴾ 19 ﴿
Tidak-kah kamu perhatikan burung-burung di atas? Mereka berbaris di dalam barisan dan tidak ada yang memegang, menahan dan menguasai mereka dengan erat melainkan Ar Rahmaan. Sesungguhnya Dia Maha Melihat akan semua perkara
﴾ 20 ﴿
Atau adakah sesiapa yang dapat menjadi barisan-barisan yang di atur khas untuk kamu dan untuk membantu kamu dari selain Ar Rah'maan? Mereka yang kafir itu terpedaya di dalam kekeliruan
﴾ 21 ﴿
Atau adakah sesiapa yang dapat menyediakan rezeki kamu jika Dia menahan rezeki kamu itu? Sebenarnya, mereka dengan berterusan menjauhi dan menolaknya dengan sombong
﴾ 22 ﴿
Maka, adakah mereka yang melangkah dengan tunduk di atas wajah mereka itu lebih baik bimbingannya atau mereka yang melangkah dengan tegak di atas sirat dengan istiqama?
﴾ 23 ﴿
Katakan: Dialah yang membangun dan membentuk sistem tubuh kamu lalu menganugerahkannya kepada kamu pendengaran, penglihatan dan minda (hati dan perasaan), namun amat sedikit/jarang sungguh kamu mensyukorinya
﴾ 24 ﴿
Katakan: "Dia yang menumbuhkan untuk kamu apa yang ada di dalam bumi dan kepadaNya kamu akan di himpunkan"
﴾ 25 ﴿
Mereka akan berkata: "Bila-kah janji-janji ini jika benar kamu siddiq"
﴾ 26 ﴿
Katakan: "Ilmu itu hanya-lah bagi Ellahi dan aku hanya seorang pemberi amaran yang jelas nyata
﴾ 27 ﴿
Dan apabila mereka menyaksikan waktu itu mendekati mereka dengan nyata, wajah-wajah mereka yang kufur kelihatan putus asa dan mereka akan di beritahu: "inilah apa yang kamu selalu memanggil kepadanya"
﴾ 28 ﴿
Katakan: "Tidak-kah kamu terfikir sekiranya Ellahu memusnahkan aku dan mereka yang ada dengan aku atau pengasih terhadap kami, maka siapa yang dapat melindungi mereka yang tidak percaya (kafir) dari azab yang pedih?"
﴾ 29 ﴿
Katakan: "Dia-lah Ar Rahmaan dan kami selamat denganNya dan ke atasNya kami bertawakkal. Dan kamu akan mengetahui siapa dia yang berada di dalam kesesatan yang jelas nyata
﴾ 30 ﴿
Katakan: "Tidak-kah kamu terfikir sekiranya sumber air kamu itu mula surut? Maka, siapakah yang mampu memberi kamu sumber air yang mengalir dengan tetap dan kekal?