سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
﴾ 1 ﴿
Persaingan di dalam menambah bilangan harta, dunia, kekuatan, pengaruh, pengikut, keturunan (atau apa sahaja yang boleh di tambah pada persaingan itu), telah menjadikan kamu sibok dan berpaling (mengalih perhatian) kepada hal yang lebih utama, penting dan signifikan.
﴾ 2 ﴿
Hatta, kamu membawa penipuan dan kepalsuan itu ke alam kubur
﴾ 3 ﴿
Tidak! Kamu akan mengetahuinya!
﴾ 4 ﴿
Dan sesekali tidak! Kamu pasti akan mengetahuinya
﴾ 5 ﴿
Tidak! Jika kamu memperolehi pengetahuan ilmu dengan Al Yakin
﴾ 6 ﴿
maka kamu akan melihat Al Jahiim
﴾ 7 ﴿
Kemudian, kamu dapat melihat dengan ainul yakin (penyaksian yang nyata)
﴾ 8 ﴿
Kemudian kamu akan di soal pada hari yang di izinkan itu tentang apa yang telah kamu perolehi perihal keseronokan yang kamu capai pada persaingan itu.