بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
﴾ 1 ﴿
Baca (sebut, ambil pelajaran, telaah, fahami, renung) dengan nama Tuhan yang mencipta kamu.
﴾ 2 ﴿
Dia mencipta insaan dari segumpal darah (Alaqah) yang ruang peribadinya hanya bergantong kepada rahmat, manfaat, keistimewaan dan faedah kebaikan dari nikmatNya.
﴾ 3 ﴿
Baca! dan Tuhan kamu adalah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
﴾ 4 ﴿
Bahawa Qalam-Nya Maha Meliputi.
﴾ 5 ﴿
IlmuNya meliputi insaan apa yang tidak diketahuinya.
﴾ 6 ﴿
Malah tidak! Sesungguhnya insaan itu sangat sombong.
﴾ 7 ﴿
Kerana dia merasai bahawa dia boleh berdiri dengan sendiri/berdikari (self-sufficient).
﴾ 8 ﴿
Sesungguhnya, melainkan kepada Tuhan-nya dia harus tidak tunda untuk menguatkuasakan undang-undang peraturan-Nya.
﴾ 9 ﴿
Adakah kamu melihat mereka yang melarang dan menahan diri darinya?
﴾ 11 ﴿
Adakah kamu melihat samada dia di atas manual arahan yang absolute ke hala tuju yang selamat sejahtera (Al Huda)?
﴾ 12 ﴿
Atau menyuruh kamu dengan ketaqwaan?
﴾ 13 ﴿
Adakah kamu melihat apabila dia menipu dan mengendalikannya (Al Huda) dengan berbohong?
﴾ 14 ﴿
Dia keperitan dengan mengetahui bahawa Ellaha menangkap pembohongannya.
﴾ 15 ﴿
Tidak! Sesungguhnya, dia tidak akan menamatkannya, lalu dia di sentap dengan ubun-ubun-nya.
﴾ 16 ﴿
Ubun-ubun yang penoh kedustaan dan kesalahan.
﴾ 17 ﴿
Dan biarkan dia hulurkan tangan kepada ahli-ahlinya.
﴾ 18 ﴿
Kami panggil keluar pengawal-pengawal Kami.
﴾ 19 ﴿
Tidak! Jangan patuhi dia! Dan berserah serta dekatkan diri (pada Al Huda itu).