AL MAA'UN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

﴾ 1 ﴿ 
Adakah kamu melihat mereka yang menafikan cara hidup yang telah di strukturkan itu (Ad Deen)

﴾ 2 ﴿ 
Maka, itulah mereka yang tidak menghulurkan tangan kepada Al-Yatim >> mereka yang keadaan dalamannya rasa diabaikan dan terputus hubungan dengan Tuhan mereka.
>> Al Yatim >>>  pemikiran yang berakar umbi di dalam ketakutan, penolakan dan rasa tidak layak, membawa kepada ketidakupayaan untuk mempercayai, membentuk hubungan yang mendalam, atau menerima sepenuhnya kasih dan berkat Tuhan. Ini adalah keadaan rohani yang bangkit dengan percanggahan dalaman di mana seseorang mungkin mengenali Tuhan sebagai Penolong tetapi berasa seperti seorang kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa sokongan atau bimbingan.   

﴾ 3 ﴿ 
Dan tidak  menggesa untuk menumbuhkan/meningkatkan/mengembangkan mereka yang Al Miskiin
>> Al Miskiin >> mereka yang tidak berdaya kerana kerapuhan emosi dan jiwa mereka sangat susah dan tidak berkemampuan untuk berdiri dengan teguh di atas jalanNya.

﴾ 4 ﴿ 
Maka, celaka-lah mereka yang berserah diri (Lil' Musalliin) 
>> ayat ini berkenaan dengan Surah Al Ahzaab : 56  وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

﴾ 5 ﴿ 
mereka yang lalai dari ikut dengan rapat/sync/selari dengan (Al Qur'aan)

﴾ 6 ﴿ 
dan mereka yang tidak meneliti, mengekalkan dan memeliharanya (Al Quraan) dengan erat

﴾ 7 ﴿ 
dan mereka yang mencegah dan melarang dari memperolehi manfaatnya (Al Quraan) sebagai keperluan asas