AL BAQARA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

﴾1﴿  
Alif, Lam, Mim. 
Wahai mereka yang berdiri, ruku' dan sujud
﴾2﴿ 
Ini adalah komposisi Al-Kitaab yang di dalamnya tidak ada keraguan sebagai manual arahan ke hala tuju yang selamat kepada golongan yang bertaqwa. 
﴾3﴿ 
Dan mereka yang berserah diri (secara inklusif) dengan melenyapkan posisi diri mereka selaras/seiring/sync/ikut dengan rapat (Al Kitaab itu), dan daripada apa yang direzeki-kan mereka darinya, mereka mengalirkannya.
﴾4﴿ 
Dan mereka yang berserah diri (secara inklusif) dengan apa yang telah di turunkan ke atas kamu dan yang telah di turunkan daripada sebelum kamu, dan mereka yakin dengan akhirat.
﴾5﴿ 
Mereka itu-lah di atas manual arahan ke hala tuju yang selamat dari Pemelihara mereka. Dan mereka-mereka itu-lah yang berkembang dengan sejahtera.
﴾6﴿ 
Sesungguhnya sesiapa yang kufur telah melakukan kejahatan ke atas diri mereka sendiri dan kebimbangan untuk mereka berwaspada tidak mencuri perhatian mereka dan tidak mereka berserah diri (secara inklusif).
﴾7﴿ 
Ellahu tandakan penutup ke atas hati dan pemikiran mereka ke atas pendengaran mereka dan ke atas penglihatan yang akan menipu mereka dan untuk mereka itu azab yang agong.
﴾8﴿ 
Dan dari kalangan manusia yang mencipta kepalsuan untuk selamat dengan Ellahi dan dengan hari akhirat dan mereka itu bukan-lah bersama mereka yang  berserah diri. 
﴾9﴿ 
Mereka merasai bahawa mereka telah memperdayakan Ellaha dan mereka yang selamat denganNya dan tidak mereka perdayakan melainkan di dalam diri mereka sendiri dan tidak mereka menyedarinya.
﴾10﴿ 
Pemikiran pada hati mereka yang berpenyakit buruk itu maka Ellahu meningkatkan lagi penyakit buruk mereka. Mereka akan ketahui azab dengan apa yang telah mereka dustakan itu.
﴾11﴿ 
Dan apabila mereka di beritahu, “jangan lakukan kerosakan di atas mukabumi. Mereka berkata "Sesungguhnya kami hanya melakukan reformasi.
﴾12﴿ 
Sesungguhnya ke atas mereka itulah golongan yang melakukan kerosakan, akan tetapi  tidak mereka menyedarinya.
﴾13﴿ 
Dan apabila mereka di beritahu, "berdamai-lah kamu sepertimana manusia yang damai dan selamat" mereka berkata, "Patutkah kami berdamai sepertimana mereka yang bodoh itu?" Sesungguhnya, ke atas diri mereka-lah kebodohan itu, akan tetapi tidak mereka mengetahuinya.
﴾14﴿ 
Dan apabila berkonfrantasi dengan mereka yang selamat, mereka mengatakan ”kami berdamai/selamat” tetapi apabila kembali beralih kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya, kami bersama kamu; sesungguhnya kami hanya mengejek mereka."
﴾15﴿ 
Dan Ellahu kembalikan ejekkan itu kepada mereka dengan meluaskan mereka kepada pelanggaran mereka dengan keadaan buta.
﴾16﴿ 
Mereka itu adalah mereka yang menyusun manual arahan ke hala tuju yang selamat dengan kesesatan, maka perniagaan mereka tiada hasil. Oleh itu, mereka tidak dapat menurut panduan yang betul.
﴾17﴿ 
Mithalan mereka ini umpama mithalan mereka yang mencari arah dari suluhan cahaya api, tetapi ia tidak menyinari apa yang ada di sekeliling mereka. Ellahu sia-siakan hasil mereka dengan menerangi cahayaNya dan membiarkan mereka di dalam kegelapan tidak dapat melihat rahsianya.
﴾18﴿ 
Penyimpangan yang di sengajakan itu; maka  mereka  tidak dapat kembali.
﴾19﴿ 
Atau umpama di campak dari tempat yang tinggi ke dalam kegelapan, gementar gemuruh pada panahan cahaya  menjadikan hidup mereka sengsara dari apa yang mereka tuai pada telinga mereka, berhati-hati dari kematian dari imbalan itu. Dan Ellahu Maha Meliputi (undang-undangNya) dengan mereka yang  tidak percaya - kafir.
﴾20﴿ 
Panahan dari pegangan teguh dogma mereka telah menghapuskan penglihatan mereka pada pencerahan yang ada lalu menjauhi darinya. Dan apabila kejahilan menguasai ke atas mereka, mereka akan berkumpul padanya. Dan sekiranya Ellahu berkehendak, pasti menarik balik persepsi mereka dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Ellaha menguasai ke atas semua perkara.
﴾21﴿ 
Wahai sekalian manusia, hambakan diri kepada Tuhan kamu; Dia yang membentuk kamu dan mereka yang sebelum dari kamu supaya kamu bertaqwa.
﴾22﴿ 
Dia yang menjadikan mukabumi sebagai pemancar kepada kamu dan membentuknya lengkap dengan struktur binaannya untuk menurunkan pencerahan makrifah dari dimensi langit kemudian melimpahi dengannya hasil dan faedah daripadanya. Jangan kamu jadikan diri kamu sekutu/tandingan dengan Ellahi padahal kamu mengetahui akan hakikat ini.
﴾23﴿ 
Dan jika kamu telah mengingkari apa yang Kami turunkan ke atas hamba-hamba Kami maka sila adakan dengan surat dari mithalan seperti itu dan cari-lah kesaksian kamu selain dari apa yang di tulis Ellahi, jika kamu siddiq.
﴾24﴿ 
Maka jika kamu tidak dapat melaksanakannya dan sudah pasti tidak dapat melaksanakannya, maka pergi ke arah api yang bahan bakarannya adalah manusia di dalam kamar yang disediakan kepada golongan yang tidak percaya - kafir.
﴾25﴿ 
Dan perdengarkan kepada mereka yang selamat dan yang beramal soleh bahawa mereka perolehi kebahagiaan yang sempurna (lengkap, kamil, tiada cela, utuh) yang sentiasa mengalir kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran, kehidupan rohani yang memberi kurniaan dari celah-celahnya dengan melimpah terus menerus, pemberian yang membuahkan hasil yang menguntungkan. Sebagai rezeki yang mereka dapati daripadanya itu, mereka berkata, "Ini direzekikan kepada kami sebelum daripada ini." Dan di dalamnya, mereka akan dikurniakan dengan pasangan yang suci pada persamaan mereka (cermin mukmin). Mereka akan berada di dalamnya selama-lamanya.
﴾26﴿ 
Sesungguhnya Ellaha tidak menyusahkan kamu dengan menetapkan apa jua mithalan perbandingan dengan sebahagian yang lain atau yang lebih daripada itu. Dan kepada mereka yang selamat, maka mereka mengetahui bahawa ia adalah kebenaran yang nyata dari Tuhan mereka. Tetapi kepada mereka yang kufur, maka akan berkata "Apakah tujuan Ellahu dengan mithalan ini?" Dia menyesatkan ramai dengannya dan membimbing ramai dengannya; dan tidak melainkan untuk menyesatkan dengan mereka yang fasiq.
﴾27﴿ 
Mereka yang melanggar perjanjian Ellahi selepas daripada ketetapan itu dan memisahkan apa yang telah diperintahkan Ellahu untuk diselaraskan dengan pembohongan dan melakukan gangguan di atas bumi, mereka adalah golongan yang rugi.
﴾28﴿ 
Bagaimana kamu kufur dengan Ellahi sedangkan kamu tiada nyawa dan Dia-lah yang menghidupkan kamu; kemudian mematikan (jiwa) kamu, kemudian menghidupkan (jiwa) kamu semula dan kemudiannya kamu di kembalikan kepadaNya? ⁠
﴾29﴿ 
Dia-lah yang menciptakan apa yang ada di dalam alam ini keseluruhannya untuk kamu, kemudian disediakannya kepada ketinggian yang selayaknya lalu diarahkannya ke tujuh taraf kedudukan pada ketinggian masing-masing. Dan Dia mengetahui dengan semua perkara.
﴾30﴿ 
Dan apabila Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku akan sentiasa adakan khalifah-khalifah di alam ini." Mereka (yang selamat itu) berkata, "Engkau membenarkan di dalamnya mereka yang akan merosakkannya dengan tumpahan darah dan kami membesar-besarkan segala perintah dengan puji-pujian bagi Mu serta melaksanakan tugas dengan kesuciannya." Dia berkata, "Sesungguhnya Aku mendedahkan pengetahuan tentang apa yang tidak kamu ketahui."
﴾31﴿ 
Dan anak-anak Adam (Aadama) di beri pengetahuan dan di ajar Al-Asmaa kesemuanya dan kemudian mempamerkan ia ke atas para malaikat dan berkata "Beritahu kepada Aku Asma kesemua ini, jika kamu adalah siddiq."
﴾32﴿ 
Mereka berkata,"Sub'haana-ka, kami tidak di-ilmu-kan melainkan apa yang kami di beri pengetahuan; Sesungguhnya, Engkau-lah Yang Maha Mengetahui Yang Maha Bijaksana."
﴾33﴿ 
Dia (Tuhan) berkata, "Wahai Adam (Aadamu) beritahu mereka dengan asma mereka." Maka apabila dia (Adam) beritahu mereka dengan asma mereka, Dia (Tuhan) berkata, "Tidak-kah kamu telah diberitahu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui apa yang dilenyapkan pada ketinggian alam ini, dan Aku ketahui apa yang kamu dedahkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
﴾34﴿ 
Dan apabila dikatakan kepada para malaikat, "Sujud kepada anak-anak Adam" maka mereka sujud, melainkan Iblis menolak dengan takkabur, sesungguhnya dia dari golongan yang tidak percaya - kafir.
﴾35﴿ 
Dan Kami berkata "Wahai Adam, tinggal-lah kamu dan pasangan kamu di dalam kebahagiaan yang sempurna (lengkap, kamil, tiada cela, utuh) dan ambil-lah limpahan segala yang kamu kehendaki dari-nya dan jangan mendekati pertikaian/perselisihan maka akan menjadilah kamu di dalam golongan yang zalim." 
﴾36﴿ 
Maka, sifat mereka yang menjauhkan diri dari kebenaran dan rahmat Tuhan menyebabkan mereka berdua terkeluar darinya dan mereka berdua di keluarkan dari (kebahagiaan) yang ada di dalamnya. Dan Kami berkata, "Turun-lah kamu sebagai musuh di antara sesama kamu dan kepada kamu tempat tinggal dan kehidupan melainkan sedikit masa sahaja."
﴾37﴿ 
Maka Adam (Aadamu) bertalaqi dengan kalimah dari Tuhan-nya, maka di terima Ellahi taubatan ke atasnya. Sesungguhnya adalah, Dia Maha Menerima Taubat Yang Maha Pengasih.
﴾38﴿ 
Kami berkata "Turun-lah kamu darinya kesemuanya. Maka apabila manual arahan ke hala tuju yang selamat datang kepada kamu dari Aku, maka sesiapa yang mengikut manual arahan ke hala tuju yang selamat itu, maka tiada sebarang kekhuatiran menimpa ke atas mereka dan tidak mereka akan berduka nestapa.
﴾39﴿ 
Dan mereka yang kufur dan berpaling dari ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni api; mereka kekal di dalamnya selamanya.
﴾40﴿ 
Wahai kaum yang menuju kepada Tuhan kamu (Bani Is'raa'illa), ingat-lah nikmat Ku di mana Aku anugerah ke atas kamu dan menunaikannya dengan perjanjian Ku, oleh itu, tunaikan-lah dengan perjanjian kamu. Maka, hendaklah kamu takut hanya kepada Ku.
﴾41﴿ 
Dan berdamai-lah kamu semua dengan apa yang telah diturunkan kepada kamu kebenaran dan apa yang telah dimaklumkan kepada kamu, dan jangan menjadi yang awal untuk tidak percaya dengannya. Dan jangan perdagangkan ayat-ayat Ku dengan harga yang rendah dan bertaqwa hanya kepada Aku.
﴾42﴿ 
Dan jangan mencampuri Al Haq dengan Al Baatil dan menyembunyikan Al Haq dan padahal kamu mengetahui. 
﴾43﴿ 
Dan laksanakan As Solaat (selaras/seiring/sync/ikut dengan rapat Al Kitab) dan sucikan diri (dengan undang-undang ekonomi yang adil) serta rukuk bersama mereka yang rukuk.
﴾44﴿ 
Adakah kamu memerintahkan manusia untuk mengamalkan kebaikan dan kamu lupa akan apa yang ada di dalam diri kamu padahal kamu membaca El Kitab? Tidakkah kamu sedar?
﴾45﴿ 
Dan mohonlah pertolongan dengan menjalinkan perhubungan melalui As solat dengan sabar; dan sesungguhnya ia adalah kebesaran melainkan ke atas golongan yang tunduk merendah diri dengan penoh kehambaan.
﴾46﴿ 
Mereka yang yakin bahawa mereka akan bertemu serta berhubung dengan Tuhan mereka dan mereka akan dikembalikan kepadaNya.
﴾47﴿ 
Wahai kaum yang menuju kepada Tuhan kamu (Bani Is'raa'illa), ingatlah nikmatKu yang Aku anugerah ke atas kamu dan Aku memilih kamu ke atas ilmu-Ku Yang Maha Meliputi.  
﴾48﴿ 
Dan sedar-lah pada hari tiada jiwa akan perolehi imbuhan melalui jiwa yang lain sama sekali, dan tiada syafaat di terima dari mereka, dan tiada apa yang akan di pinda dan di ambil dari mereka, dan tidak akan mereka di bantu.
﴾49﴿ 
Dan apabila Kami menyelamatkan kamu dari orang-orang Firaun yang menimpa kepada kamu azab yang ngeri, menyembelih anak-anak kamu dan wanita-wanita kamu di timpa kesusahan. Dan sangat agong bala yang ada di dalamnya dari Tuhan kamu.
﴾50﴿ 
Dan apabila Kami membelah lautan dan menyelamatkan kamu, Kami menenggelamkan ke atas Firaun dan orang-orangnya di hadapan pandangan kamu.
﴾51﴿ 
Dan apabila Kami mengangkat kedudukan Musa dengan empat puluh malam, kemudian kamu beritikhad dengan tergesa-gesa selepas daripada itu, dan kamu semua telah berlaku zalim.
﴾52﴿ 
Kemudiannya, Kami beri keampunan kepada kamu selepas daripada itu. Ini adalah supaya kamu bersyukur.
﴾53﴿ 
Dan Kami anugerahkan kepada Musa Al'Kitaaba Wal'Fur'qaana (pembeza di antara yang benar dan yang bathil)  supaya kamu di bimbing dengannya.
﴾54﴿ 
Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaum ku, sesungguhnya kamu telah menzalimi di dalam diri kamu dengan beriktikhad dengan tergesa-gesa. Maka bertaubat-lah melainkan kepada Pentadbir kamu dan bunuh di dalam diri kamu (sifat tergesa-gesa itu). Ini adalah lebih baik untuk kamu dengan Pentadbir kamu." Maka keampunan ke atas kamu dan sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun Yang Maha Pengasih.
﴾55﴿ 
Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, tidak kami beriman dengan kamu sehingga cahaya Ellaha menjadi nyata," lalu halilintar menyambar kamu di hadapan pandangan kamu.
﴾56﴿ 
Kemudian Kami bangkitkan (jiwa) kamu semula selepas pada kematian (jiwa) kamu supaya kamu bersyukur.
﴾57﴿ 
Dan Kami payungi ke atas kamu awan dan menurunkan ke atas kamu Al'Manna As'Sal'waa. "Makanlah dari yang baik lagi sah (toyyib) yang Kami rezekikan kepada kamu." Dan tidak Kami menzalimi mereka, akan tetapi mereka-lah yang menzalimi di dalam diri mereka.
﴾58﴿ 
Dan apabila Kami berkata, "Masuklah ke bandar ini dan makan-lah dari-nya apa jua yang kamu selesa, dan masuklah ke pintu serah diri dan katakan, "kami bertaubat." Kami akan hapuskan kesalahan kamu, dan Kami akan menambah kebaikan kepada golongan yang sentiasa berbuat kebaikan dan memperbaiki diri." 
﴾59﴿ 
Dan mereka yang zalim menukar perkataan selain dari apa yang telah di beritahu kepada mereka. Maka Kami turunkan seksaan dari tempat yang tinggi ke atas mereka yang zalim dengan apa yang telah mereka yang derhaka itu lakukan.
﴾60﴿ 
Dan apabila Musa membajak tanah untuk kaumnya, maka Kami berkata, "Pukul batu dengan tangan kamu." Maka dua belas mata air memancar keluar darinya. Setiap manusia telah mengetahui tempat minum mereka. “Dan makan dan  minum-lah dari rezeki Ellahi, dan jangan berkelakuan buruk/jahat - di atas alam ini sebagai perosak."
﴾61﴿ 
Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak dapat toleransi ke atas satu makanan sahaja, maka mohon-lah kepada Tuhan kamu supaya dikeluarkan untuk kami dari apa yang ditumbuhkan di bumi dari herba-nya dan mentimun-nya, bawang putih-nya, kekacang-nya dan bawang-nya." Dia (Musa) berkata, "Adakah kamu hendak menukar apa yang telah disesuaikanNya untuk kamu dengan kebaikannya? Turun-lah kamu ke Mesir! Maka sesungguhnya, kamu akan dapati apa yang kamu pohonkan." Dan kehinaan dan kemiskinan melanda ke atas diri mereka dan muncul-lah dengan kemurkaan dari Ellahi. Ini adalah dengan kerana mereka telah kufur dengan ayat-ayat Ellahi dan membunuh para Nabi dengan tanpa kebenaran. Itu adalah kerana mereka telah menceroboh dan derhaka.
﴾62﴿ 
Sesungguhnya, mereka yang selamat dan mereka yang Yahudi, Nasrani dan Sabeiin, yang selamat dengan Ellahi dan hari akhirat, yang beramal soleh, maka, mereka akan perolehi ganjaran dari Tuhan mereka dan tiada ketakutan ke atas mereka dan tidak mereka berduka.
﴾63﴿ 
Dan apabila Kami akad perjanjian mereka dan kemuliaan At-Tuur (Nabi Musa menerima kalimah Ellaha) ke atas kamu, “Pegang-lah apa yang telah Kami anugerah-kan kepada kamu (Kitab Taurat) dengan teguh dan ingat-lah apa yang ada di dalamnya supaya kamu bertaqwa." 
﴾64﴿ 
Kemudian mereka yang berpaling selepas daripada itu, maka jika tidak kerana keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat (fadhilat) Ellahi ke atas kamu dan rahmat-Nya, menjadi-lah kamu di kalangan mereka yang rugi.
﴾65﴿ 
Dan sudah pasti kamu mengetahui tentang mereka yang menceroboh di kalangan kamu kepada perkara yang telah direhatkan@dihentikan (As'Sab'ti) dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah kamu kera yang hina."
﴾66﴿ 
Maka Kami jadikannya nukilan kepada mereka apa yang ada di hadapan mereka dan selepas mereka dan ini adalah teguran kepada golongan yang bertaqwa.
﴾67﴿ 
Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Ellaha memerintahkan kamu supaya korbankan sifat lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu mengambil kami sebagai suatu gurauan?" Dia (Musa) berkata, "Aku berlindong dengan Ellahi bahawa aku adalah dari golongan yang jahil."
﴾68﴿ 
Mereka berkata, "Mohon kepada Tuhan kamu untuk kami, supaya jelas kepada kami apa ianya." Dia (Musa) berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, "Sesungguhnya ia adalah sifat lembu: tidak memaksa dan tidak rasa perawan (megah); jelas pada-nya itu adalah ia membantu sesama.' Maka laksanakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu."
﴾69﴿ 
Mereka berkata, "Mohon kepada Tuhan kamu untuk kami, supaya jelas kepada kami apa warnanya ia." Dia (Musa) berkata, "Sesungguhnya, Dia berkata, "Sesungguhnya, sifat-sifat lembu (di dalam otak manusia) itu, ia adalah berwarna kuning terang yang tersembunyi pada pandangan." 

>> Di dalam otak manusia, terdapat cecair yang warnanya kekuningan terang yang tawaf di dalam otak manusia 5 kali sehari - Cerebrospinal fluid. Cecair serebrospinal (CSF) mengelilingi dan melindungi otak dan saraf tunjang. CSF mengangkut nutrien dan hormon ke otak dan saraf tunjang, serta membuang sisa metabolik - membantu satu sama lain. Warna cecair CSF adalah kekuningan yang sangat terang dan ia tersembunyi pada pandangan kerana ia adalah cecair dan bukan organ. Apabila cecair CSF di dalam otak bertambah, maka tisu otak akan dihimpit dan boleh menyebabkan tisu-tisu otak mati. Hydrocephalus berlaku apabila saluran yang mengalirkan CSF (‘cecair dalam otak’) di antara saraf tunjang dan otak menjadi tersumbat. Jika ini berlaku maka tisu-tisu otak ini mati maka, mati-lah kita di dalam kehidupan - tidak dapat berfungsi dengan baik. 
Qs 2 : 56 >> Ellaha menghidupkan semula dan mengembalikan sel-sel yang telah mati. 

Saraf tunjang sebagai jambatan untuk menghantar maklumat deria dan maklumat motor (untuk pergerakan) antara otak, saraf tunjang, dan bahagian tubuh yang lain. Secara ringkas, Batang Otak adalah struktur penting yang mengawal banyak fungsi asas yang membolehkan kita bernafas, bergerak, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling. Batang otak memainkan peranan penting pada pendengaran dan penglihatan, terutamanya melalui penglibatannya di dalam menyampaikan dan memproses maklumat deria - sifat lembu ialah ada mata tetapi tidak dapat melihat ada telinga tetapi tidak dapat mendengar dan memahami, jika otak mengalami kerosakan. 

Oleh hal yang demikian, Ellaha memerintahkan kaum Nabi Musa untuk makan makanan yang baik, suci lagi benar, untuk menjaga otak dari mengalami kerosakan. Apabila tisu-tisu otak membentuk dirinya melalui fitrahNya, maka, sifat-sifat kebaikan yang ada pada lembu akan terserlah : tidak rasa perawan (megah), bantu sesama, tunduk dan taat kepada tuan-nya, tidak membajak harta (Al Baqara :  71.

﴾70﴿ 
Mereka berkata, "Mohon kepada Tuhan kamu untuk kami, supaya jelas kepada kami apa ianya. Sesungguhnya golongan lembu serupa pada kami, dan jika Ellahu berkehendak, kami tidak di bimbing."
﴾71﴿ 
Dia (Musa) berkata, "Sesungguhnya Dia berkata,”Sesungguhnya sifat lembu, tidak dibesarkan di dalam kehinaan di muka bumi dan tidak membajak harta, bersifat musallaman (tunduk, patuh dan setia kepada tuan-nya) tiada cela di dalamnya." Mereka berkata, "Sekarang kamu telah bawa kepada kami dengan benar." Maka mereka korbankan diri pada sifat-sifat lembu itu dan tidak dapat melakukannya.
**Sinonim membajak >> mencuri, memalsukan, penyamun, perampas dan yang sewaktu dengannya. Perihal membajak harta di sebut di dalam ayat 180 - 182 Al Baqara. 

﴾72﴿ 
Dan apabila kamu katakan bahawa kamu telah bunuh nafsu kamu dan menipu akan ia, apa yang kamu sembunyikan di atas penipuan itu, ia menjadi nyata (melalui corak kelakuan kamu)  
﴾73﴿ 
Maka, Kami berkata, "Keluar kamu dengan sebahagian darinya." Dengan yang demikian, Ellahu menghidupkan (jiwa) yang mati dan menunjukkan kepada kamu tanda-tandaNya supaya kamu berada di dalam ketaqwaan.
﴾74﴿ 
Kemudian hati kamu keras selepas daripada itu maka ia seperti di dalam kamar (tertutup) atau keras membatu. Dan sesungguhnya, daripada kamar itu (Qolbi) memancar keluar darinya kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan dan sesungguhnya, darinya ada yang terbelah lalu mengalir darinya kemakmuran, kehidupan rohani yang memberi kurniaan dari celah-celahnya dengan melimpah terus menerus dan sesungguhnya darinya tunduk patuh kerana taat dan takut kepada Ellahi. Dan Ellahu tidak mengabaikan dengan apa yang kamu lakukan.
** Sungai dan air adalah ayat mutasyabihat: (air adalah roh kehidupan dan sungai-sungai mengalirkan air yang melambangkan kesucian, keharmonian dan ketenangan dan boleh juga mewakili aliran tenaga untuk memulihkan kehidupan secara fizikal dan spiritual).

﴾75﴿ 
Adakah kamu berharap bahawa mereka percaya kepada kamu padahal segolongan daripada mereka telah pun mendengar kalimah Ellahi dan kemudian memutar makna selepas daripada itu, dan mereka itu beraql dan berpengetahuan.
﴾76﴿ 
Dan apabila mereka berjumpa dengan mereka yang damai dan selamat, mereka berkata, "Kami berdamai" tetapi apabila sebahagian daripada mereka berundur kepada sebahagian yang lain, mereka berkata, "Boleh-kah kamu beritahu kepada mereka tentang apa yang Ellahu bukakan kepada kamu supaya mereka berhujah dengan kamu tentangnya di hadapan Tuhan kamu?" Tidak-kah kamu sensible?
﴾77﴿  
Pada awalnya mereka mengetahui bahawa Ellaha mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
﴾78﴿ 
Dan di kalangan mereka ada yang ummi tidak mengetahui Al Kitab melainkan harapan yang kosong, dan mereka hanyalah bersangka.
﴾79﴿ 
Maka celaka-lah mereka yang menulis Al Kitab dengan apa yang ada di hadapan mereka dan berkata, "Ini adalah dari Ellahi," untuk memperdagangkannya dengan keuntungan yang sedikit. Maka celaka-lah apa yang mereka catatkan apa yang ada di hadapan mereka, dan celaka-lah kepada mereka apa yang telah mereka raihkan.
﴾80﴿ 
Dan mereka berkata, "Api tidak akan menyentuh kami, melainkan ditetapkan pada fasa-nya." Katakan, "Adakah kamu perjanjian dengan Ellahi? Maka Ellahu tidak memungkiri janjiNya. Atau adakah kamu berkata ke atas Ellahi apa yang tidak kamu ketahui?"
﴾81﴿ 
Padahal, sesiapa melakukan kejahatan dan meliputi dengannya kesalahan itu, maka mereka adalah penghuni api; mereka di dalamnya kekal selamanya.
﴾82﴿ 
Dan mereka yang selamat dan beramal soleh, mereka adalah penghuni di dalam kebahagiaan yang sempurna (lengkap, kamil, tiada cela, utuh); mereka di dalamnya  kekal selamanya.
﴾83﴿ 
Dan apabila Kami akad perjanjian dari kaum yang menuju kepada Tuhan kamu (Bani Is'raa'illa), "Jangan hambakan diri kepada selain Ellahu; dan ihsan kepada ibu dan bapa kamu, kaum keluarga, mereka yang yatim dan miskin. Dan berkata-lah dengan sentuhan perasaan kepada manusia dan laksanakan As-Solaata (selaras/seiring/sync/ikut dengan rapat Al Kitab) dan sucikan diri (dengan undang-undang ekonomi yang adil)." Kemudian kamu membelakangkan apa yang diperintahkan kepada kamu, melainkan sedikit dari kamu sahaja yang menerimanya, dan  kebanyakan kamu berpaling darinya.

>> Maksud Yatim dan Miskiin >> lihat Surah Al Maun : 2 & 3

﴾84﴿ 
Dan apabila Kami akad perjanjian kamu, "Jangan tumpahkan darah kamu!" Namun, tidak kamu mengusir ianya keluar dari dalam ruang peribadi kamu.” Kemudian kamu menerimanya padahal kamu bersaksi.
Nota : Ruang peribadi atau kediaman peribadi :  maksud, sifat seseorang yang sudah sebati dengan dirinya sendiri untuk merupakan wataknya.

﴾85﴿ 
Kemudian, kamu adalah mereka yang tidak bunuh di dalam diri kamu dan mengusir keluar sebahagian ruang peribadi kamu dari itu. Kamu menyokongnya dengan dosa-dosa dan pencerobohan. Dan apabila ia datang kepada kamu untuk tawan dan menebus kamu, mengusirnya keluar telah di halangi kamu. Adakah kamu beriman dengan sebahagian Al Kitaab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Maka apakah balasan kepada mereka yang berbuat sedemikian selepas itu melainkan kehinaan di dunia sepanjang hayat mereka. Dan pada hari qiamat, kamu dikembalikan melainkan dengan azab yang sangat pedih. Dan Ellahu tidak mengabaikan dengan apa yang kamu lakukan.
﴾86﴿ 
Itu adalah mereka yang memperdagangkan akhirat dengan kehidupan dunia maka azab tidak akan diringankan kepada mereka, mahupun mereka di beri kemenangan.
﴾87﴿ 
Dan sesungguhnya Kami anugerah kepada Musa Al Kitaab. Kami utuskan dengan para Rasul selepas daripada mereka. Dan Kami beri kepada Eesaa, ibnu Mar'yama, bukti yang jelas dan Kami teguhkannya dengan Ruuhil' Qudusi (roh yang suci dari segala perkara yang cela). Maka, apakah setiap kali utusan Kami datang, kamu tidak mengingininya dari apa yang ada di dalam diri kamu? Kamu menjadi takabur, maka sebahagian dari kamu menafikannya dan sebahagiannya kamu bunuh.
﴾88﴿ 
Dan mereka berkata, "Hati kami tertutup." Sebenarnya Ellahu telah melaknat mereka dengan kekufuran mereka, maka tidak sedikitpun mereka beriman.
﴾89﴿ 
Dan apabila Kitab daripada Ellahi datang kepada mereka mengesahkan apa yang ada dengan mereka, dan mereka dahulunya mencari "pembuka" sebelum kedatangan kamu ke atas mereka yang kufur, maka apabila datang kepada mereka apa yang ditinggikanNya itu, mereka kufur dengannya; maka laknat Ellahi ke atas golongan yang tidak percaya - kafir.
﴾90﴿ 
Kejahatan telah diperdagangkan di dalam diri mereka dengannya supaya kufur dari keadilan yang telah Ellahu turunkan bahawa Ellahu akan menurunkan ke atas sesiapa yang dikehendaki daripada hamba-hambaNya dari keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat (fadhilat)Nya. Mereka memperolehi kemurkaan ke atas kemurkaan, dan golongan yang tidak percaya -  kafir, akan di malukan dengan azab.
﴾91﴿ 
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Berdamai-lah kepada apa yang di turunkan Ellahu," Mereka berkata, "Kami beriman pada apa yang di dedahkan ke atas kami." Dan mereka kufur dengan apa yang selain dari itu, dan kebenaran mengesahkan apa yang ada dengan mereka. Katakan: "Maka kenapa kamu membunuh para Nabi Ellahi sebelum pada itu, jika kamu telah beriman?"
﴾92﴿ 
Dan sesungguhnya Musa membawa dengan bukti yang jelas. Kemudian, kamu semua beritikhad dengan tergesa-gesa dari apa yang ada di hadapan kamu, dan kamu adalah zalim.
﴾93﴿ 
Dan apabila Kami akad perjanjian kamu, Kami angkat kemuliaan ke atas kamu, "Ambil apa yang Kami berikan kepada kamu dengan teguh dan dengar dengan teliti." Mereka berkata, "Kami dengar tetapi kami derhaka." Dan mereka menyerap dengan tergesa-gesa pada hati mereka dengan kekufuran mereka. Katakan: "Amat jahat apa yang keimanan kamu menyuruh kamu, jika benar kamu beriman."
﴾94﴿ 
Katakan: "Jika kediaman akhirat dari Ellahi ialah untuk kamu secara eksklusif daripada segala manusia, maka harapkan kematian, jika kamu adalah siddiq."
﴾95﴿ 
Dan tidak mereka selamanya mengharapkannya kerana apa yang mereka telah lakukan di hadapan mereka. Dan Ellahu mengetahui dengan mereka yang zalim.
﴾96﴿ 
Dan kamu akan mendapati mereka manusia yang sangat tamak ke atas kehidupan, dan di antaranya, mereka adalah syirik. Setiap seorang dari mereka sangat suka jika dapat hidup selama 1000 tahun dan dia sesekali tidak diganjak dengannya daripada azab walau dapat hidup selama itu. Dan Ellahu melihat apa yang mereka lakukan.
﴾97﴿ 
Katakan: "Sesiapa yang memusuhi kepada Jib'riila; maka sesungguhnya ia telah menurunkan ke atas hati kamu dengan izin Ellahi, mengesahkan apa yang ada di hadapannya dan manual arahan ke hala tuju yang selamat dan berita gembira kepada mereka yang mu’min."
﴾98﴿ 
Sesiapa yang memusuhi Ellahi, para MalaikatNya, para RasulNya, Jib'riila dan Miikaala, maka sesungguhnya Ellaha musuh kepada mereka yang tidak percaya - kafir.
﴾99﴿ 
Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu ayat-ayat dengan bukti yang jelas, dan tidak mereka kufur padanya melainkan mereka yang fasiq.
﴾100﴿ 
Atau adakah mereka mengadakan perjanjian dengan sebahagian dari mereka lalu menyingkirkannya? Sebenarnya, kebanyakan mereka tidak percaya.
﴾101﴿ 
Dan apabila utusan dari Ellahi datang kepada mereka untuk mengesahkan apa yang telah ada dengan mereka, sebahagian daripada mereka yang telah diberi Al Kitaab mengabaikan Kitab Ellahi dan membelakangkan apa yang ditampilkan kepada mereka seolah-olah mereka tidak mengetahuinya.
﴾102﴿ 
Dan mereka menurut apa yang syaitan-syaitan itu bacakan ke atas kerajaan Sulaiman. Dan Sulaiman tidak kufur, akan tetapi syaitan-syaitan yang kufur itu mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan ke atas pemilik kuasa pemerintahan itu di Baabila iaitu Haaruuta dan Maaruuta. Dan tidak mereka mengajar kepada sesiapapun melainkan mereka berkata, "Kami hanya memfitnah, maka jangan kufur." Maka mereka mempelajarinya dari mereka berdua apa yang menyebabkan perpisahan di antara suami dan pasangannya. Dan mereka tidak dapat memudharatkan sesesiapa dengannya melainkan hanya dengan izin Ellahi. Dan mereka mempelajari apa yang memudharatkan mereka dan yang tidak memberi manfaat untuk mereka. Dan sesungguhnya mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menempahnya, tiada bahagian yang baik bagi mereka di akhirat. Dan kecelakaan bagi mereka yang memperdagang di dalam diri mereka dengannya jika mereka mengetahui.
﴾103﴿ 
Dan jika sekiranya mereka selamat dan bertaqwa, akan di anugerahkan segala kebaikan dari Ellahi jika mereka mengetahui.
﴾104﴿ 
Wahai mereka yang selamat, jangan berkata, "Jadi-lah pengikut kami" tetapi katakanlah, "Amati-lah kami dan dengar-lah dengan teliti.” Dan kepada golongan yang tidak percaya - kafir, kelak mereka akan mengetahui azabnya kelak.
﴾105﴿ 
Tidak mereka yang kufur dari Ahli Kitab ataupun golongan musyrik berharap supaya kebaikan diturunkan ke atas kamu dari Tuhan kamu. Dan Ellahu kurniakan rahmat-Nya dengan sesiapa yang Dia kehendaki, dan Ellahu pemilik keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat  (fadhilat) Yang Maha Agong.
﴾106﴿ 
Apa jua tulisan dari ayat-ayat Kami atau menyebabkan ia dilupakan, Kami datangkan yang lebih baik daripada itu atau yang setara dengannya. Tidak-kah kamu ketahui bahawa Ellaha berkuasa ke atas semua perkara?  
﴾107﴿ 
Tidakkah kamu ketahui bahawa milik Ellaha kerajaan langit dan alam ini, dan kamu tidak ada pelindung mahupun penolong dari selain Ellahi?
﴾108﴿ 
Atau adakah kamu harap untuk bertanya utusan kamu sepertimana Musa di tanya sebelum daripada itu? Dan sesiapa menukar iman dengan kufur, maka dia telah sesat dari jalan yang lurus.
﴾109﴿ 
Dan kebanyakan dari ahli Kitaab mengharapkan jika dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran selepas dari keimanan kamu kerana hasad di dalam diri mereka selepas daripada apa yang telah menjadi nyata kepada mereka kebenaran itu. Maka, maafkan dan biarkan mereka hattaa Ellahu datangkan dengan perintahNya. Sesungguhnya Ellaha berkuasa ke atas semua perkara.
﴾110﴿ 
Dan laksanakan As'Solaata (selaras/seiring/sync/ikut dengan rapat Al Kitab) dan sucikan diri (dengan undang-undang ekonomi yang adil), dan apa jua yang kamu janakan di dalam diri kamu dari kebaikan, kamu akan dapatinya dari sisi Ellahi. Sesungguhnya Ellaha melihat dengan apa yang kamu lakukan.
﴾111﴿ 
Dan mereka berkata, "Tidak akan perolehi kebahagiaan yang sempurna (lengkap, kamil, tiada cela, utuh) melainkan dia adalah Yahudi atau Nasaaara." Ini adalah keinginan mereka. Katakan: "Bawalah bukti kamu, jika kamu siddiq."
﴾112﴿ 
Barang siapa yang berserah wajahnya kepada Ellahi dan dia bersifat muhsin, maka dia akan perolehi ganjarannya di sisi Tuhan-nya. Dan tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak mereka berduka.
﴾113﴿ 
Dan golongan Yahudi berkata, "Golongan Nasaara bukan di atas semua perkara" dan golongan Nasaara berkata, "Golongan Yahudi bukan di atas semua perkara" dan mereka membaca Al'Kitaab? Dengan yang demikian mereka yang tidak mengetahui berkata yang sama apa dikatakan mereka. Maka Ellahu akan menghukum di antara mereka pada hari qiamat dengan apa yang mereka berselisih dengannya.
﴾114﴿ 
Dan apa yang lebih zalim dari mereka yang menghalang masjid Ellahi dari di ingati nama-namaNya di dalamnya dan mereka itu-lah yang berusaha memusnahkannya. Tidak-lah mereka itu untuk masuk ke dalamnya melainkan rasa takut dan gerun kepadaNya. Kepada mereka kehinaan di dalam dunia dan mereka akan dapati azab yang agong  di akhirat.
﴾115﴿ 
Dan milik Ellahi dari permulaan cahaya yang menyinari sehingga terbenamnya pada maghrib; maka di mana sahaja kamu mengadap di situlah wajah Ellahi. Sesungguhnya Ellaha Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.
﴾116﴿ 
Dan mereka berkata, "Ellahu mempunyai anak lelaki." Maha Suci kepadaNya (Sub'haana-hu)! bahkan milikNya apa yang ada di langit dan alam ini, mereka semua taat dan tunduk patuh kepadaNya.
﴾117﴿ 
Keindahan langit dan alam ini; dan apabila Dia berkehendak diperintahkanNya, maka Dia hanya berkata kepadanya, "Kun Fa Yakuun!"
﴾118﴿ 
Dan mereka yang tidak mengetahui berkata, "Kenapa-kah Ellahu tidak berkata-kata kepada kami atau datangkan ayat-ayat kepada kami?" Dengan yang demikian mereka yang sebelum daripada itu berkata yang sama apa yang mereka perkatakan itu. Qolbi mereka memiliki persamaan. Kami telah jelaskan ayat-ayat kepada kaum yang yakin.
﴾119﴿ 
Sesungguhnya, Kami mengutuskan mu dengan kebenaran sebagai pemberi khabar dan amaran. Dan kamu tidak akan di tanya tentang penghuni neraka.
﴾120﴿ 
Dan tidak akan, golongan Yahudi dan tidak juga golongan Nasaara, berpuas hati dengan kamu, sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakan: "Sesungguhnya, manual arahan ke hala tuju yang selamat dari Ellahi, Dia-lah Pengarah dan Penguasa kepada hala tuju yang yang selamat sejahtera itu." Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas daripada apa yang telah datang kepada kamu dari ilmuNya, tidak untuk kamu dari Ellahi pelindong dan tiada untuk kamu penolong.
﴾121﴿ 
Mereka yang Kami berikan Al Kitab di mana mereka membaca tilawatnya dengan benar; mereka itu-lah yang beriman dengannya. Dan sesiapa yang kufur dengannya, maka mereka itulah golongan yang rugi.
﴾122﴿ 
Wahai kaum yang menuju kepada Tuhan kamu (Bani Is'raa'illa), ingat-lah nikmatKu di mana Aku anugerahkan ke atas kamu dan Aku memilih kamu ke atas ilmuKu Yang Maha Meliputi.
﴾123﴿ 
Maka sedar-lah pada hari tiada jiwa di beri ganjaran oleh jiwa yang lain sama sekali, dan tiada pindaan di terima darinya, dan tiada syafaat yang dapat memberi manfaatnya dan mereka tidak akan di beri pertolongan.
﴾124﴿ 
Dan apabila Ibrahim di uji Tuhan-nya dengan beberapa kalimah, maka disempurnakan kesemuanya. Dia (Tuhan) berkata, "Sesungguhnya Aku jadikan kamu IMAM manusia." Dia (Ibrahim) berkata, "Dan dari zuriat-zuriat ku?" Dia (Tuhan) berkata "Perjanjian Aku tidak sampai kepada mereka yang zalim." 
﴾125﴿ 
Dan apabila Kami jadikan Ahlul Bayt sebagai martabat dan keselamatan untuk manusia, dan beriktikhad-lah kamu dengan mengikut dengan rapat (maqam - spiritual station) Ibrahim. Dan Kami amanahkan kepada Ibrahim dan Ismaa'eel bahawa, "Sucikan Ahlul Bayt bagi mereka yang berjalan menuju kepadanya dan mereka yang mengasingkan diri mereka dengan rukuk dan sujud."
** Nota : Ahlul Bayt maksud keturunan Nabi Ibrahim a.s >> Qs 2 : 124 -125 >> Qs 6 : 90 
 
﴾126﴿ 
Dan apabila Ibrahim berkata, "Tuhan-ku, jadikan kisah petualang kami (di atas jalan tauhid) selamat dan rezekikan ahli-ahlinya dari apa yang telah dihasilkan dari sesiapa di antara mereka yang selamat dengan Ellahi dan hari akhirat." Dia (Tuhan) berkata, "Dan kepada yang kufur, maka akan Aku biarkan mereka berseronok untuk seketika sahaja, kemudian Aku akan memaksanya ke arah azab api, dan itu-lah seburuk tempat mereka kembali."
﴾127﴿ 
Dan apabila Ibrahim meninggikan asas kedudukan Ahlul Bayt bersama Is'maa'eel, dia berkata, "Tuhan kami, terima-lah dari kami." Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
﴾128﴿ 
"Tuhan kami, jadikanlah kami golongan yang berserah diri kepada Mu dan dari zuriat-zuriat kami umat yang berserah diri kepada Mu. Dan tunjukkanlah kepada kami cara untuk melaksanakannya dan berilah keampunan ke atas kami. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun Maha Pengasih.
﴾129﴿ 
"Tuhan kami, pilihlah di antara kami seorang utusan dari kalangan mereka (zuriat Ahlul'Bayt) untuk membaca ayat-ayat Mu ke atas mereka, dan untuk mengajar mereka Al Kitaab dan hikmahnya dan untuk mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
﴾130﴿ 
Dan sesiapa yang berkehendak selain dari agama Ibrahim melainkan ia memperbodohkan jiwanya. Dan Kami memilihnya (Ibrahim) di dunia, dan sesungguhnya dia di antara golongan yang soleh di akhirat.
﴾131﴿ 
Apabila Tuhan berkata kepada Ibrahim, "Serah diri kamu!" Dia berkata, "Aku serah diri-ku kepada Tuhan yang ilmuNya Maha Meliputi." 
﴾132﴿ 
Dan Ibrahim mewasiatkan anak-anaknya itu, dan Ya'quub, "Wahai anak-anak, sesungguhnya Ellaha telah memilih cara hidup yang telah di strukturkan (Ad Deen) di atas pinjaman dariNya untuk kamu, maka jangan kamu mati melainkan kamu telah berserah diri.
** Nota : Ad-Deen bukan bermaksud "agama" Bahasa Arab bagi "agama" adalah "millati @ millata." 

﴾133﴿ 
Atau adakah kamu saksi apabila maut muncul kepada Yaaqub; apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Dengan siapa yang kamu akan perhambakan diri dari selepas ini?" Mereka berkata, "Kami menghambakan diri kepada Ellaha kamu dan Ellaha bapa-bapa kamu, Ibraham, Is'maa’eel dan Is'haaq; iaitu Ellaha Al Wahid. Dan kami adalah dari golongan yang berserah diri kepadaNya."
﴾134﴿ 
Itu-lah umat yang telah berlalu. Ia akan dapati apa yang dikerjakannya dan kamu akan dapati apa yang kamu kerjakan. Dan kamu tidak akan di tanya tentang apa yang telah mereka lakukan.
﴾135﴿ 
Dan mereka berkata, "Jadilah Yahudi atau Nasaara, kamu akan di bimbing." Katakan: "Akan tetapi agama Ibrahim yang hanif, dan dia bukan-lah dari golongan musryik."
﴾136﴿ 
Katakanlah: "Kami selamat dengan Ellahi dan apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang di turunkan kepada Ibrahim, Is'maa'eel, Is'haaqa, Ya'quub dan bayt-bayt mereka; dan apa yang diberikan kepada Musa, Eesaa dan apa yang diberikan kepada para Nabi dari Tuhan kami. Tidak kami bezakan mereka dan mengesa-kan (Ahad-kan) mereka. Dan kami adalah golongan yang berserah diri kepadaNya."
﴾137﴿ 
Maka jika mereka yang selamat sama dengan mereka yang telah selamat denganNya, maka mereka telah di bimbing; dan jika mereka berpaling, maka mereka berada di dalam persengketaan yang berpanjangan, maka Ellahu akan menyelamatkan kamu. Dan Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui.
﴾138﴿ 
Begitu-lah dicorak-kan Ellahi; dan siapa yang lebih sempurna dari Ellahi pada corak itu? Dan kami menghambakan diri kepadaNya.
﴾139﴿ 
Katakan: "Adakah kamu hendak berbalah dengan kami tentang Ellahi dan Dia Tuhan kami dan Tuhan kamu." Dan kami dengan amalan kami dan kamu dengan amalan kamu. Dan kami adalah mereka yang ikhlas kepadaNya."
﴾140﴿ 
Atau adakah kamu berkata bahawa Ibrahim, Is'maa'eel, Is'haaqa, Ya'quub dan keturunan mereka adalah Yahudi atau Nasaara? Katakan: "Adakah kamu lebih mengetahui dari Ellahu?" Dan siapa yang lebih zalim dari mereka yang menutup kesaksiannnya dari Ellahi. Dan Ellahu tidak mengabaikan dengan apa yang kamu lakukan.
﴾141﴿ 
Itulah umat yang telah berlalu. Ia perolehi apa yang dikerjakannya dan kamu perolehi apa yang kamu kerjakan. Dan kamu tidak akan di tanya apa yang mereka lakukan. 
﴾142﴿ 
Mereka yang bodoh dari kalangan manusia akan berkata "Kenapa mereka menukar kedudukan mereka yang mereka telah berada padanya?" Katakan: "Ellahi menyinarkan cahaya (الْمَشْرِقُ) dan membenamkannya (وَالْمَغْرِبُ)" Dia membimbing kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke sirat dengan istiqama.
>>Nota : Timor di dalam bahasa Arab adalah الشَرق (Al-Sharq) Barat الغَرب (Al-Gharb).

﴾143﴿ 
Dan dengan yang demikian kami jadikan kepada kamu titik pusat umat supaya kamu akan bersaksi ke atas manusia, dan utusanNya bersaksi ke atas kamu. Dan tidak Kami jadikan kedudukan di mana kamu berada padanya melainkan supaya untuk menyatakan siapa yang mengikut utusanNya dan siapa yang berpaling dari jejak langkahnya. Dan tidak-lah ia suatu kebesaran baginya melainkan ke atas mereka yang di beri manual arahan ke hala tuju yang selamat oleh Ellahu. Dan Ellahu tidak mensia-siakan keimanan kamu. Sesungguhnya, Ellaha ialah dengan manusia, Maha Penyantun lagi Maha Pengasih. 
﴾144﴿ 
Kami memandang kamu telah menghala wajah kamu ke arah langit, lalu Kami hadap kamu dengan kedudukan yang kamu akan suka dengannya; maka hadapkanlah wajah kamu ke ruang yang suci dari segala perkara yang haram (Mas'jidil' Haraami). Dan di mana sahaja kamu berada, maka hadaplah wajah kamu ke arah itu. Dan sesungguhnya mereka yang telah diberikan Al Kitaab mengetahui bahawa ia adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Ellahu tidak mengabaikan dengan apa yang kamu lakukan.
﴾145﴿ 
Dan meskipun kamu bawa dengan semua ayat-ayat Kami kepada mereka yang telah diberikan Al Kitaab, mereka tidak ikut pada kedudukan kamu, dan tidak kamu menjadi pengikut kepada kedudukan mereka, dan tidak kamu menjadi pengikut kepada kedudukan sebahagian dari mereka. Dan jika kamu ikut hawa nafsu mereka selepas daripada apa yang telah di datangkan kepada kamu dari ilmuNya, sesungguhnya menjadilah kamu golongan yang zalim.
﴾146﴿ 
Mereka yang Kami telah berikan Al Kitaab sangat arif akan kamu sepertimana mereka sangat arif dengan anak-anak mereka. Dan sesungguhnya, sebahagian dari mereka telah menyembunyikan kebenaran dan mereka mengetahuinya.
﴾147﴿ 
Kebenaran adalah dari Tuhan kamu; maka jangan menjadi di dalam golongan yang berbalah.
﴾148﴿ 
Dan pada setiap arah di mana sahaja kamu berada, maka berlumba-lah ke arah kebaikan. Di mana sahaja kamu berada, Ellahu akan bawa kamu kesemuanya. Sesungguhnya Ellaha berkuasa ke atas semua perkara.
﴾149﴿ 
Dan ke mana sahaja kamu tuju, maka hadap wajah kamu ke arah ruang yang suci dari segala perkara yang haram (Al'Mas'jidil' Haraami). Dan sesungguhnya ia adalah kebenaran dari Tuhan kamu. Dan Ellahu tidak mengabaikan apa yang kamu lakukan.
﴾150﴿ 
Dan dari mana sahaja kamu tuju, maka hadap wajah kamu ke arah ruang yang suci dari segala perkara yang haram (Al'Mas'jidil' Haraami). Dan di mana sahaja kamu berada, maka hadap wajah kamu kepada arah itu supaya kelak tidak ada sebarang hujah kepada manusia ke atas kamu. Melainkan yang zalim di kalangan mereka; maka jangan takut kepada mereka dan takut hanya kepada Aku dan supaya disempurnakan nikmat Ku ke atas kamu dan semoga kamu di bimbing ke hala tuju yang selamat.
﴾151﴿ 
Sama seperti Kami mengutuskan utusan dari kalangan kamu, membaca ayat-ayat Kami ke atas kamu, mensucikan kamu dan mengajar kamu Al Kitaab dan hikmah, mengajar kamu apa yang kamu tidak ketahui.
﴾152﴿ 
Maka ingat kepada Aku; Aku ingat kepada kamu dan bersyukor kepada Ku dan jangan kufur.
﴾153﴿ 
Wahai mereka yang selamat, mohon-lah pertolongan dengan sabar dan As Solat (dan ikut dengan rapat/sync/selaras/selari dengan Al Kitaab). Sesungguhnya, Ellaha bersama mereka yang sabar
﴾154﴿ 
Dan jangan berkata tentang mereka yang di bunuh pada jalan Ellahi, "Mereka telah mati." Padahal mereka hidup akan tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
﴾155﴿ 
Dan Kami akan menguji kamu dengan sesuatu dari perasaan takut, kelaparan dan kekurangan limpahan, apa yang ada di dalam diri kamu dan hasil dan faedah, maka khabarkan kepada mereka yang sabar.
﴾156﴿ 
Mereka yang apabila musibah melanda, mereka berkata: "Sesungguhnya kami milik Ellahi dan sesungguhnya, kepadaNya kami kembali."
﴾157﴿ 
Mereka yang ikut di atas cara dan sifat mereka itu dengan rapat (Älai'him' Solawaatun) dan dari Tuhan mereka adalah rahmatNya (berkenaan cara dan sifat di ayat 156).
﴾158﴿ 
Sesungguhnya, untuk berdiri dengan suci, jelas serta tenang dengan kekuatan dari syariat Ellahi, maka, berhijrah-lah di atas kedudukan Ahlul-Bayt atau mantapkannya. Maka, tiada ratapan ke atasnya untuk mengelilingi sepenuhnya bersama (kedudukan) mereka. Dan sesiapa secara sukarela berbuat kebaikan itu, maka sesungguhnya Ellaha mengetahui siapa yang bersyukor.
﴾159﴿ 
Sesungguhnya, sesiapa yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari penjelasan pada manual arahan (yang absolute) itu selepas daripada itu setelah Kami jadikannya jelas kepadanya di dalam El Kitab kepada manusia, mereka itu-lah Ellahu melaknat dan mereka di laknat oleh para pengutuk.
﴾160﴿ 
Melainkan mereka yang bertaubat dan memperbaikinya, dan menjadi jelas nyata, maka mereka itulah yang ke atas mereka di beri pengampunan dan Aku Maha Menerima Taubat, Maha Pengasih.
﴾161﴿ 
Sesungguhnya, mereka yang kufur dan mati di dalam kekufuran, ke atas mereka itulah laknat Ellahi, malaikatNya dan manusia kesemuanya.
﴾162﴿ 
Selamanya mereka di dalamnya; azab yang tidak akan diringankan kepada mereka, dan tidak akan mereka di beri perhatian.
﴾163﴿ Dan dewa kamu adalah untuk kamu dan Tuhan mu yang Satu bukan dewa tetapi Dia adalah Er' Rah'maan Er' Raheem >> Qs 1:1
﴾164﴿ 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, dan kapal-kapal yang berlayar melalui laut dengan apa yang bermanfaat kepada manusia, dan apa Ellahu turunkan dari tempat yang tinggi dari airnya untuk menghidupkan bumi dengannya setelah matinya ia dan bertaburan di dalamnya dari semua binatang dan peralihan angin, dan awan di tempat yang tinggi dan bumi adalah tanda-tanda bagi kaum yang yakin.
﴾165﴿ 
Dan di antara manusia yang mengambil sekutu selain Ellahi, mencintai mereka sepertimana mereka mencintai Ellahi; dan mereka yang selamat lebih tegoh cintanya kepada Ellahi. Dan jika mereka yang zalim dapat membayangkan apabila mereka nampak azab bahawa semua kekuatan milik Ellahi dan bahawa Ellaha amat pedih azabNya.
﴾166﴿ 
Apabila mereka yang di ikut itu berlepas diri dari mereka yang menjadi pengikut, dan mereka nampak azab dan asbab dengan mereka itu di putuskan.
﴾167﴿ 
Dan mereka yang menjadi pengikut akan berkata, "Jika aku dapat kembali, maka dapat-lah berlepas diri dari mereka sepertimana mereka berlepas diri daripada kami." Dengan yang demikian Ellahu menunjukkan kepada mereka amalan mereka sebagai sesalan ke atas mereka. Dan mereka tidak dapat keluar daripada api itu. 
﴾168﴿ 
Wahai manusia, makan daripada apa yang ada di dalam bumi yang halal (Halaalan) lagi baik, benar dan sah (Toyyiban) dan jangan bertabiat pada jejak langkah syaitan. Sesungguhnya dia jelas nyata musuh kamu. 
﴾169﴿
Sesungguhnya dia menyuruh kamu dengan kejahatan dan keji dan untuk berkata ke atas Ellahi apa yang kamu tidak ketahui.
﴾170﴿ 
Dan apabila mereka di beritahu "Ikutlah apa yang Ellahu turunkan." Mereka berkata, "Bahkan, kami ikut bapa-bapa kami apa kami dapati ke atas mereka." Walau jika bapa-bapa mereka tidak dapat memahami semua perkara dan tidak mereka di beri bimbingan?
﴾171﴿ 
Dan misalan mereka yang kufur umpama misalan mereka yang menjerit dengan apa yang tidak mereka dengari dari doa dan permohonan mereka. Pekak, tuli, buta maka mereka tidak akan yakin.
﴾172﴿ 
Wahai mereka yang selamat, makan dari benda yang baik lagi sah (Toyyibaati) yang Kami rezekikan kepada kamu dan bersyukor kepada Ellahi, jika (benar) kamu menghambakan diri hanya kepadaNya.
﴾173﴿ 
Sesungguhnya hanya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging khinzir dan apa jua yang di dedikasi, di pilih atau dicalonkan, dirujuk, diisi dan dipaparkan serta di tawarkan kepada selain Ellahi, iaitu kepada para dewa, imej, berhala dan lain-lain. Maka, sesiapa yang terpaksa tanpa ada keinginan dan tidak menceroboh, maka tidak berdosa ke atasnya. Sesungguhnya, Ellaha Maha Pengampun Maha Pengasih.
﴾174﴿ 
Sesungguhnya, mereka yang menyembunyikan apa yang Ellahu turunkan daripada El'Kitaab dan memperdagang dengannya keuntungan yang sedikit, mereka itulah yang tidak mengisi perot mereka melainkan dengan api. Dan Ellahu tidak akan berkata-kata kepada mereka pada masa qiamat, dan tidak mensucikan mereka, dan mereka akan dapati azab yang tidak terperi.
﴾175﴿ 
Mereka itulah yang memperdagangkan manual arahan yang absolute itu dengan kesesatan dan keampunan dengan azab. Maka ke atas api itu mereka kekal selamanya.
﴾176﴿ 
Itu adalah dengan kerana Ellaha telah menurunkan El'Kitaab dengan benar. Dan sesungguhnya, mereka yang berbeza pendapat pada El'Kitaab itu jauh berpecah belah dengan cara yang berpanjangan.  
﴾177﴿ 
Kebaikan itu bukannya kepada mengadapnya wajah kamu ke arah kedudukan dari sinar cahaya kepada tenggelamnya ia (El'Mash'riqi Wal' Mag'ribi), akan tetapi kebaikan itu adalah mereka yang selamat dengan Ellahi, hari akhirat, malaikatNya, El'Kitaab dan  para Nabi-Nya; dan memberi bekalan limpahan ke atas cintanya kepada keluarga, golongan mereka yang yatim dan miskin, mereka yang berpetualang, golongan yang meminta, dan memerdekakan hamba; dan mereka dirikan/tegakkan As Solat (dan sync/selari/ikut dengan rapat El-Kitaab) dan mereka yang sucikan diri (dengan undang-undang ekonomi yang adil); dan dengan memenohi perjanjian mereka apabila mereka berjanji; dan mereka yang sabar di dalam kesusahan, kesulitan dan pada masa tekanan. Mereka itulah yang siddiq; dan mereka itulah golongan yang bertaqwa. 
﴾178﴿ 
Wahai mereka yang selamat, di tetapkan ke atas kamu undang-undang keadilan kepada mereka yang di bunuh; mereka yang merdeka dengan yang dimerdekakan, mereka yang menjadi hamba dengan hamba, mereka yang perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa di ampuni apa jua pun akan ia dari saudaranya, maka ikutlah dengan makruf dan laksanakanlah ke atasnya dengan ihsan. Itu adalah kelonggaran dari rahmat Tuhan kamu. Maka sesiapa yang melanggar selepas daripada itu, maka dia akan dapati azab yang tidak terperi.
﴾179﴿ 
Dan untuk kamu hidup di dalam undang-undang Keadilan, wahai ahlul Albaab, moga kamu bertaqwa.
﴾180﴿ 
Ditetapkan ke atas kamu apabila maut menghampiri seorang dari kamu hendaklah mewasiatkan peninggalan harta pusaka dengan cara yang baik untuk ibu bapa dan mereka yang akrab : suami, isteri, anak-anak dengan makruf; satu kebenaran ke atas mereka yang bertaqwa. 
﴾181﴿
Maka sesiapa yang memindanya selepas daripada ia telah mendengarnya, maka dosanya (chargeable offence - jenayah yang  boleh di hukum di bawah keadilan Ellahi (divine justice) hanya di raih ke atas mereka yang sengaja mengubahnya (memanipulasi proses wasiat). Sesungguhnya Ellaha Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
﴾182﴿ 
Dan sesiapa yang menyusutkan sebahagian dari harta pusaka dengan penyelewengan/kesilapan yang tidak adil selain dari bertindak menjadi orang yang menyusutkannya maka laksanakan pembetulan sepenohnya yang di persetujui di antara mereka, maka tidak berdosa ke atasnya. Sesungguhnya, Ellaha Maha Pengampun Maha Penyayang. 
﴾183﴿ 
Wahai mereka yang selamat, menahan diri pada keinginan yang asas telah di tetapkan ke atas kamu sebagaimana ia ditetapkan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
﴾184﴿ 
Teliti dengan mendalam struktur dan fasa-fasanya (Al Quraan); maka sesiapa dari kamu tidak berpuashati dengan pencerahan di atas itu, maka bersedia untuk meneliti dengan lebih mendalam (secara kritikal) struktur dan fasa-fasanya itu. Dan ke atas mereka yang telah bersedia menerimanya, berbakti-lah dengan melunaskannya kepada mereka yang tidak berdaya (kerana kerapuhan emosi dan jiwanya sangat kekurangan untuk memberi komitment dengan teguh), maka sesiapa dengan (sukarela) menambah manfaat kebaikan, maka ia adalah manfaat kebaikan untuk dirinya; dan untuk tegakkan jiwa dengan komitment yang teguh itu adalah manfaat kebaikannya untuk kamu, sebagaimana yang telah ditetapkan pengetahuannya.
﴾185﴿ 
Pengistiharan (kebenaran) yang membakar sehingga memusnahkan kebathilan (Ramadaana) adalah di dalamnya El'Qur'aan di sampaikan sebagai manual arahan yang absolute kepada manusia, dan bukti yang jelas daripada manual arahan Al Furqaan (pembeza antara yang HAQ dan BATHIL) >>(El Hudaa Wal' Fur'qaani). Maka sesiapa yang telah berSAKSI akan pengistiharan (kebenaran) itu di kalangan kamu, maka hendaklah ia tegakkan jiwanya dengan komitmen yang teguh; dan sesiapa yang tidak berpuashati di atas pencerahan itu, maka bersedia untuk teliti dengan lebih mendalam (secara kritikal) struktur dan fasa-fasanya. Ellahu mengehendaki ianya ringan untuk kamu dan tidak mengehendaki kesulitan untuk kamu supaya kamu menyempurnakan penelitian yang mendalam itu agar kamu membesar-besarkan Ellaha di atas apa yang telah di bimbingNya kepada kamu; dan supaya kamu bersyukor.
﴾186﴿ 
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada kamu tentang Aku; maka sesungguhnya Aku amat karib. Aku menjawab permohonan/keluhan/aduan mereka yang berdoa apabila berdoa kepada Aku. Maka hendaklah mereka respon/memberi tindak balas kepada jawapanKu itu dan hendaklah mereka beriman dengan jawapan itu agar mereka di bimbing dengan bijaksana. 
﴾187﴿ 
Diizinkan ke atas kamu pada malam hari dari menahan diri pada keinginan asas melainkan untuk mendekati isteri kamu. Mereka adalah perlindongan untuk kamu dan kamu adalah perlindongan untuk mereka. Ellahu mengetahui apa yang bertakhta di dalam diri kamu, maka Dia menerima taubat ke atas kamu dan mengampuni kamu. Maka, perdengarkanlah (Al Quraan) bersama mereka agar kamu dapat sama-sama memahami dengan lebih cemerlang apa yang ada di dalam Kitab Ellahu itu untuk kamu. Dan jamah serta serap (makna-makna Al Quraan) hatta jelas benang putihnya kepada kamu dari benang hitamnya sehingga cahaya kejayaan mengatasi kegelapan (AlFajri), kemudian lengkapkan keinginan asas itu melainkan pada malam hari. Dan jangan perdengarkan bersama mereka (Al Quraan) ketika kamu sedang sibok berada di dalam ruang yang suci untuk pertumbuhan rohani - solat, tasbih, dkhri (El'Masaajidi). Kewajipan ini adalah suatu tuntutan Ellahi, maka jangan jamah dan serap (Al Quraan) dengan mereka ketika itu. Ellahu, dengan yang demikian, menjelaskan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.
﴾188﴿ 
Dan jangan kamu menjamah cahaya kejayaan kamu itu di antara kamu dengan kebatilan dan melenyapkannya untuk tunduk kepada penguasa kamu supaya kamu dapat menjamah sebahagian dari kekayaan manusia dengan dosa, padahal kamu mengetahuinya.
﴾189﴿ 
Mereka bertanya kamu tentang peralihan pada peredaran bulan itu. Katakan: "Ia adalah untuk menandakan masa kepada manusia untuk berhijrah kepada pertumbuhan rohani (El'Hajji)." Dan tidak-lah dikatakan seseorang itu membuat kebaikan jika memasuki ruang perlindongan itu dengan molek, akan tetapi kebaikan seseorang itu ialah mereka yang memiliki ketaqwaan dan transisi dari ruang perlindungan itu dengan pintu ketaqwaan mereka. Dan bertaqwa-lah kepada Ellaha supaya kamu berjaya.
﴾190﴿ 
Dan berkonfrantasi-lah dengan mereka yang berkonfrantasi dengan kamu pada jalan (agama) Ellahi dan jangan menceroboh. Sesungguhnya, Ellaha tidak menyukai mereka yang menceroboh. 
﴾191﴿ 
Dan sampaikanlah kepada mereka sepanjang hayat kamu dan beri kefahaman kepada mereka dari kemahiran/penelitian kamu dengan makhraj kamu dari apa yang hayat makhraj mereka bawa itu, dan fitnah dari hayat makhraj mereka itu lebih buruk kenyataannya dari membunuh. Dan jangan kamu menentang/membangkang/menyangkal mereka di ruang yang suci dari segala perkara yang haram (Masjidil'Haraami) sehingga mereka menentang/membangkang/menyangkal kamu di dalamnya. Dan jika mereka menguasai kefahaman/penelitian kamu, maka tentang/bangkang/sangkal mereka, maka sampaikanlah kepada mereka, ini adalah imbuhan kepada mereka yang kafir (yang tidak percaya).
﴾192﴿ 
Tetapi jika mereka menahan diri, maka sesungguhnya Ellaha Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
﴾193﴿ 
Dan tentangi/bangkang/sangkal-lah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan cara hidup yang telah distrukturkan itu (Ad’Diinu) hanya milik Illahi, tetapi jika mereka menahan diri, maka tiada pencerobohan melainkan ke atas mereka yang zalim.
>> Ad'Diinu >> cara hidup yang sujud kepada kehendak Tuhan >> Al Fatiha : 4

﴾194﴿ 
Bulan yang di haramkan (Es'Shah'rul' Haraamu) dengan bulan yang suci dari segala perkara yang haram (Es'Shah'ril' Haraami), dan jangan kamu melanggar undang-undang keadilan. Maka, sesiapa yang menentang ke atas kamu, maka tentangi-lah ke atas mereka dengan yang sama dari apa yang mereka telah menentang ke atas kamu dan bertaqwa-lah kepada Ellaha dan ketahui-lah Ellaha berada bersama mereka yang muttaqiin.  
﴾195﴿ 
Dan infaq ke dalam jalan Ellahi dan jangan singkirkan apa yang ada di hadapan kamu ke dalam kemusnahan. Dan ihsan sesama, sesungguhnya Ellaha mencintai mereka yang muhsin.
﴾196﴿ 
Dan sempurnakanlah perjalanan kerohanian (Al'Hajja) dengan mendekatkan diri kepada Ellaha melalui penyucian jiwa, keampunan dan taubatan dengan mengabdikan/serah diri (Al'Um'rata) kepada Illahi. Maka, jika kamu di halang/di usir/terperangkap, maka laksanakan apa yang mudah bagi kamu dari petunjukNya. Dan jangan kamu usulkan apa-apa cadangan dari fikiran kamu sehingga petunjuk telah sampai kepada kedudukannya Jika ada yang tidak berpuashati di kalangan kamu dan dengannya ada bisikan pada pemikirannya, maka imbangi kembali dengan menahan diri pada keinginan asas atau berbaktilah dengan mensucikan diri (dengan undang-undang ekonomi yang adil). Maka apabila kamu telah selamat, maka, sesiapa yang telah memperolehi kepuasan dari penyucian jiwa, keampunan dan taubatan melalui perjalanan pengabdian dan penyerahan diri (El'Um'rati) pada perjalanan kerohanian itu (El'Hajji), maka, laksanakan apa jua yang mudah dari petunjukNya, tetapi sesiapa yang tidak memperolehinya lagi, maka hendaklah menahan diri dari keinginan asas pada tiga fasa perjalanan kerohanian itu (El'Hajji) dan tujuh apabila kamu telah kembali (memperolehi kepuasan itu); sepuluh adalah untuk menyempurnakan ketinggiannya. Itu adalah bagi ahlinya yang tidak menyucikan ruang sucinya dari perkara yang haram (El'Mas'jidil' El'Haraami). Dan bertaqwalah kepada Ellaha dan ketahuilah bahawa Ellaha sangat berat hukumanNya.
﴾197﴿ 
Bulan-bulan pada perjalanan kerohanian itu kamu (El'Hajju) telah dimaklumkan pengisiannya, maka sesiapa melaksanakan perjalanan kerohanian (El'Hajja) di dalamnya, maka hendaklah ia tidak berkelakuan buruk, dan tidak berlaku tidak adil dan tidak bertelingkah sesama semasa perjalanan kerohanian itu (El'Hajji). Dan apa jua yang kamu lakukan dari perkara kebaikan, Ellahu mengetahuinya. Dan bersedialah kamu, tetapi sesungguhnya, sebaik-baik tingkatan adalah ketaqwaan; maka, bertaqwalah kepada Aku wahai U'lii El'Al'baab.
﴾198﴿ 
Tiada sesiapa yang boleh menghalang sayap kamu untuk terbang menuju kejayaan bagi mencari  keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat  (fadhilat) dari Tuhan kamu. Maka, apabila kamu telah selesai dan telah mengenal/memahami (perjalanan kerohanian), maka ingat Ellaha di ruang yang suci dari segala perkara yang haram (Mash'äril' Haraami), dan ingat-lah Dia sebagaimana Dia telah membimbing kamu; dan sesungguhnya, kamu sebelum itu adalah di antara mereka yang sesat. 
﴾199﴿ 
Kemudian limpah ruah akan ia (setelah kamu mengenal/memahami perjalanan kerohanian itu) untuk ia hidup melimpah di kalangan manusia dan mohon keampunan Ellaha. Sesungguhnya Ellaha Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.  
﴾200﴿ 
Dan apabila telah selesai melaksanakan segala yang telah diperintahkan kepada kamu, maka ingat-lah Ellaha umpama kamu mengingati ibu bapa kamu atau lebih tegoh dari itu di dalam ingatan kamu. Dan ada di antara manusia yang berkata, "Tuhan kami, anugerah-lah kepada kami dunia" tetapi mereka tidak akan memperolehi apa yang diciptakan di akhirat. 
﴾201﴿ 
Dan di kalangan mereka ada yang berkata "Wahai Tuhan kami, anugerah untuk kami segala yang baik di dunia dan segala yang baik di akhirat dan lindongilah kami dari azab api neraka."
﴾202﴿ 
Mereka itu-lah yang akan memperolehi nasib dari apa yang mereka kerjakan. Dan Ellahu amat cepat hisabNya.
﴾203﴿ 
Dan ingat Ellaha semasa meneliti dengan mendalam (Al Qur'aan) pada strukturnya ; maka sesiapa yang telah tersingkap/terbuka hijab sehingga strutkturnya menjadi jelas dan nyata di hati, maka jangan simpan dengan selamat ke atas dirinya, dan jangan lewatkan untuk disampaikan kepada sesiapa yang bertaqwa. Dan bertaqwa-lah kepada Ellaha dan ketahuilah bahawa kamu akan dihimpunkan di hadapanNya.
﴾204﴿ 
Dan ada di antara manusia yang kata-katanya indah mengenai kehidupan dunia dan dia menyebut Ellaha sebagai saksi ke atas apa yang ada di dalam hatinya padahal dia-lah penentang yang paling ganas.
﴾205﴿ 
Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di mukabumi supaya korup di dalamnya dengan memusnahkan harta dan keturunannya. Dan Ellahu tidak menyukai mereka yang melakukan korupsi 
﴾206﴿ 
Dan apabila di katakan kepadanya "Bertaqwa-lah kamu kepada Ellahi" namun, kebanggaannya dengan dosa mengambilalih dirinya; maka cukuplah jahanam baginya dan celaka-lah tempat istirehatnya 
﴾207﴿ 
Dan di kalangan manusia, ada yang memperdagangkan jiwanya untuk mencari ikatan yang mendalam dengan Ellahi. Dan Ellahu Maha Penyantun dengan hamba-hambaNya. 
﴾208﴿ 
Wahai mereka yang selamat, masuk ke dalam penyerahan diri dengan total dan jangan kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya, dia adalah jelas nyata, musuh bagi kamu.
﴾209﴿ 
Maka jika kamu menyimpang selepas daripada apa yang telah datang kepada kamu bukti yang jelas nyata, maka ketahuilah Ellaha Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
﴾210﴿ 
Adakah mereka sedang menunggu melainkan Ellahu datang kepada mereka melalui bayangan awan bersama para malaikatNya dan selesaikan perkara itu? Dan milik Ellahi kembalinya segala urusan hidup. 
﴾211﴿ 
Bertanya-lah kamu kepada kaum yang menuju kepada Tuhan (Bani Is'raa'illa) berapa banyak ayat-ayat yang jelas nyata telah Kami berikan kepada mereka. Maka, sesiapa yang mengubah nikmat Ellahi selepas daripada apa yang telah datang kepadanya itu, maka, sesungguhnya Ellaha sangat berat hukumanNya. 
﴾212﴿ 
Di hiasi kepada mereka yang kufur, kehidupan dunia dan mereka menyingkir mereka yang selamat. Tetapi, mereka yang bertaqwa akan di tinggikan pada fasa kiamat. Dan Ellahu mengatur segalanya kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa hisab. 
﴾213﴿ 
Manusia itu adalah dari satu umat, maka Ellahu meninggikan para Nabi sebagai penyampai berita dan pemberi amaran dan mendedahkan El Kitaab kepada mereka dengan benar supaya mereka dapat menghakimi perbezaan yang berlaku di antara manusia dan tidak ada yang akan mempertikaikannya melainkan mereka yang telah diberikan apa yang telah datang kepada mereka bukti yang nyata dari ketidakadilan mereka. Dan Ellahu membimbing mereka yang selamat dari perbezaan mereka itu dengan kebenaran dengan izinNya. Dan Ellahu menghulurkan tanganNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke sirat dengan jalan istiqama. 
﴾214﴿ 
Atau adakah kamu ingat bahawa kamu akan memperolehi kedamaian yang abadi padahal contoh mereka yang telah berlalu sebelum kamu belum lagi sampai kepada kamu. Mereka telah di sentuh dengan penderitaan dan kemudaratan dan telah digoncangkan sehingga datang utusan dan mereka yang selamat dengannya berkata, "Bila-kah akan datang kemenangan dari Ellahi?" Sesungguhnya, kemenangan sepenohnya dari Ellahi sangat dekat. 
﴾215﴿ 
Mereka bertanya kepada kamu apa yang perlu diinfaqkan. Katakan, "Apajua yang kamu infaqkan dari kebaikan, maka ia adalah untuk ibu bapa kamu, mereka yang akrab dengan kamu, mereka yang yatim dan mereka yang miskin dan mereka yang berpetualang ke jalan Ellahi. Dan apa jua yang kamu laksanakan dari kebaikan, maka, sesungguhnya Ellaha Maha Mengetahui-nya  
﴾216﴿ 
Diputuskan ke atas kamu, pisahkan diri kamu dari diri kamu (El'Qitaalu) dan ia adalah suatu perkara yang tidak disukai kamu, tetapi mungkin kamu tidak menyukai sesuatu perkara padahal ia adalah baik untuk kamu dan mungkin kamu menyukai sesuatu perkara padahal ia buruk untuk kamu. Dan Ellahu mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.
Qitaal >> berkenaan Al Baqara : 72 >> Qataal-tum naf'san 

﴾217﴿ 
Mereka bertanya kepada kamu tentang bulan yang suci yang di haramkan padanya semua perkara yang tidak baik (Es'Shah'ril' Haraami); pisahkan diri kamu dari diri kamu (Qitaal'in) di dalamnya. Katakan, "Pisahkan diri kamu dari diri kamu di dalamnya adalah suatu perkara yang memiliki kebesarannya dan menghalang dari jalan Ellahi dan berlaku kufur di dalam ruang yang suci dari segala perkara yang diharamkan ke atasnya (El'Mas'jidil' Haraami) dan mengeluarkan ahlinya (daripada halangan itu) adalah lebih besar nilainya di sisi Ellahi dan godaan itu lebih besar untuk memisahkan diri kamu dari diri kamu." Dan jangan berhenti dari memisahkan diri kamu dari diri kamu sehingga kamu kembalikan diri kamu ke cara hidup (yang telah di strukturkan ke atas kamu) (Deen) satu perkara yang perlu dipatuhi. Dan sesiapa di antara kamu berpaling dari cara hidup itu dan kemudian mati di dalam kekafiran, maka, mereka itulah yang amalan mereka adalah sia-sia di dunia dan di akhirat. Mereka itu adalah penghuni neraka dan mereka tinggal di dalamnya selama-lamanya.  
﴾218﴿ 
Sesungguhnya mereka yang selamat dan mereka yang berhijrah dan jihad diri mereka ke jalan Ellahi, mereka itulah yang akan memperolehi rahmat Ellahi. Dan Ellahu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
﴾219﴿ 
Mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi. Katakan, pada keduanya ada dosa besar dan juga manfaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka bertanya kepada kamu apa yang mereka perlu infaqkan. Katakan, "Keampunan." Dengan demikian Ellahu menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu bertafakur akannya.
﴾220﴿ 
Mengenai dunia dan akhirat. Dan mereka bertanya kepada kamu tentang mereka yang yatim. Katakan, "Islah itu lebih baik untuk mereka, tetapi jika kamu bercampur gaul dengan mereka, maka mereka adalah ikhwan kamu.” Dan Ellahu mengetahui siapa yang melakukan korupsi dari reformasi. Dan jika Ellahu kehendaki, tentu Dia akan menimpakan musibah ke atas mereka. Sesungguhnya, Ellaha Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui
﴾221﴿ 
Dan jangan kamu nikah dengan perempuan musyrik sehingga mereka beriman dan seorang hamba yang mu'min adalah lebih baik dari seorang musyrik walaupun ia menakjubkan kamu. Dan jangan kamu nikah dengan lelaki musyrik sehingga mereka beriman; dan seorang hamba yang mu'min itu lebih baik dari seorang lelaki musyrik walaupun ia menakjubkan kamu. Mereka ini mengajak kamu melainkan kepada api dan Ellahu mengajak kamu melainkan kepada ganjaran abadi yang muktamad di akhirat, dan mengalir di bawahnya kegembiraan, kedamaian, ketenangan dan kepuasan yang tidak dapat dibayangkan selama-lamanya dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Dia menjelaskan dengan terang ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mengambil iktibar  
﴾222﴿ 
Dan mereka bertanya tentang haid. Katakan: "Ia adalah kesakitan dan sesuatu yang mendatangkan kemudharatan serta gangguan pada jiwa dan tubuh; maka, jauhkan wanita yang di dalam haid ini dari menjamah dan menyerap (Al Quraan) sehingga mereka suci dan bebas dari gangguan itu. Maka, apabila  mereka telah suci dan bebas dari gangguan itu, maka, bawa-lah mereka untuk mendekati (Al Quraan) di mana Ellahu telah memerintahkan kepada kamu. Sesungguhnya, Ellaha mencintai mereka yang bertaubat dan mencintai mereka yang suci
>> Ayat ini adalah berkaitan dengan Al Baqara ayat 187 

﴾223﴿ 
Wanita-wanita kamu adalah umpama harta untuk kamu maka, dekati harta kamu sebagaimana tujuannya dan dahulukan ia untuk kebaikan kamu dan untuk apa yang ada di dalam diri kamu. Bertaqwa kepada Ellaha dan ketahui-lah bahawa kamu akan bertemu denganNya. Dan perdengarkanlah perkara ini kepada mereka yang mu'min. 
>> Ayat ini adalah berkaitan dengan Al Baqara ayat 71  

﴾224﴿ 
Dan jangan kamu jadikan Ellaha sasaran kepada sumpah-sumpah kamu untuk melepaskan diri dan bertaqwalah dan berdamai-lah di antara manusia. Dan Ellahu Maha Mendengar Maha Mengetahui. 
﴾225﴿ 
Ellahu menuntut pertanggungjawaban kamu yang melampau di dalam sumpah janji kamu, dan menuntut pertanggungjawaban kamu kepada apa yang hati kamu perolehi. Dan Ellahu Maha Pengampun Maha Menyantuni  
﴾226﴿ 
Dan mereka yang menahan diri dari wanita-wanita mereka, masa menunggu ialah empat bulan, maka jika mereka kembali menghampiri; maka sesungguhnya Ellaha Maha Pengampun Maha Pengasih.
﴾227﴿ 
Dan jika mereka berazam untuk bercerai maka sesungguhnya Ellaha Maha Mendengar Maha Mengetahui. 
﴾228﴿ - ﴾237﴿
Menekankan keadilan, hak, dan tanggungjawab di dalam hal pernikahan dan perceraian. 
﴾238﴿ 
Beri perhatian, pelihara, jaga, lindungi >> guard, protect and preserve di atas  (Haafizu’ Älaa) perhubungan, komunikasi solat dan rapatkan/hubungkan diri dengan menembusinya dengan mendalam, wujudkan perhubungan yang akrab, dekati dengan erat, intensif, intim (Es'Solawaati Wa Es’Solaatil' Wus'toa) dan (Wa) berdiri, bina, bangunkan, tegakkan, asaskan, dasarkan diri kamu (Quumu') pada ketaatan dan kesetiaan di hadapan Ellahi (Qaanitiin Lillahi) 
﴾239﴿ 
Dan jika kamu takut, gerak (solat) secara berpasukan atau di atas kenderaan kamu. Dan apabila kamu rasa aman dan selamat, maka ingat-lah Ellaha sebagaimana Dia telah mengajar kamu apa yang kamu tidak ketahui.
>> Ayat ini berkaitan An Nisaa : 102 - 103

﴾240﴿ - ﴾241﴿ 
Menekankan wasiat, nafkah dan hukum-hukum pada urusan keluarga dan penceraian.
﴾242﴿ 
Ellahu dengan ini menjelaskan dengan nyata ayat-ayatNya kepada kamu semoga kamu menggunakan aql (untuk merenung).
﴾243﴿ 
Tidak-kah kamu memikirkan mereka yang keluar dari ruang peribadi mereka dan mereka adalah di dalam jumlah yang besar (ribuan), takut untuk matikan diri maka Ellahu berkata kepada mereka, "Matikan diri kamu!" dan kemudian, Dia membangkitkan (jiwa) mereka. Sesungguhnya, Ellaha memiliki keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat ke atas manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukor. 
﴾244﴿ 
Dan pisahkan diri kamu dari diri kamu pada jalan Ellahi dan ketahui-lah bahawa Ellaha Maha Mendengar Maha Mengetahui.
﴾245﴿ 
Siapakah yang akan memberi pinjaman kepada Ellaha? Pinjaman yang menghasilkan ganjaran/balasan yang melimpah. Maka, Dia akan menggandakan dengan gandaan yang melimpah untuknya. Dan Ellahu menyempitkan dan meluaskan dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.
﴾246﴿ 
Tidak-kah kamu memikirkan tentang pemimpin yang berpengaruh pada kaum yang menuju kepada Tuhan (Banii Is'raa'iila) selepas daripada Musa apabila mereka berkata kepada Nabi mereka, "Delegasi seorang Penguasa kepada kami, kami akan pisahkan diri kami dari diri kami pada jalan Ellahi." Dia berkata, "Adakah mungkin kamu tidak akan pisahkan diri kamu dari diri kamu jika pisahkan diri kamu dari diri kamu itu telah ditetapkan ke atas kamu?" Mereka berkata, "Dan kenapakah kami tidak pisahkan diri kami dari diri kami di dalam jalan Ellahi padahal kami telah di keluarkan dari ruang peribadi kami dan anak-anak kami?" Maka, apabila ditetapkan ke atas mereka untuk pisahkan diri mereka dari diri mereka, mereka berpaling melainkan sedikit di antara mereka. Dan Ellahu Maha Mengetahui mereka yang zalim.
﴾247﴿ 
Dan Nabi berkata kepada mereka, "Sesungguhnya, Ellaha telah delegasi seorang Penguasa kepada kamu." Mereka berkata, "Bagaimana dia memiliki pemilikan kuasa ke atas kami sedangkan kami lebih berhak dengan pemilikan kuasa itu daripadanya dan tidak dia di beri kapasiti kemewahan?" Dia (Nabi mereka) berkata, "Sesungguhnya Ellaha telah memilihnya ke atas kamu dan meningkatkannya dengan meluas ilmu dan fizikal-nya. Dan Ellahu menganugerahkan pemilikan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Ellahu Maha Luas ilmuNya (Maha Mengetahui)."
﴾248﴿ 
Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya, tanda-tanda pemilikan kuasa yang akan datang kepada kamu ialah, dia merupakan wadah/saluran di mana di dalam dirinya memiliki keteguhan, kewibawaan, kekuatan dan kekentalan hati dan jiwa, tenteram, ketenangan. Ia adalah kurniaan dari Tuhan kamu dan (sifat-sifat) ini adalah apa yang di tinggalkan dari (kerabat) Musa dan (kerabat) Harun yang akan di pikul (tanggungjawab ini) oleh para malaikat. Sesungguhnya, ini adalah tanda-tanda untuk kamu, jika kamu seorang yang  mu'min.
﴾249﴿ 
Dan apabila Talut berangkat dengan pasukannya, dia berkata, "Sesungguhnya Ellaha akan menguji kamu dengan limpahan yang mengalir di dalamnya kebahagiaan, kemakmuran dan sesiapa yang mereguk darinya, maka dia bukan bersama aku dan sesiapa yang tidak ingin merasainya, maka sesungguhnya dia adalah bersama aku melainkan dia mengautnya dengan satu genggam dari tangannya (cukup sekadar yang diperlukan)." Tetapi mereka mereguk darinya, melainkan sedikit dari mereka. Maka apabila dia dan mereka yang selamat dengannya melewati batas mereka, mereka berkata, "Kami tidak memiliki kemampuan kekuatan buat masa ini dengan Jalut dan pasukan-pasukannya." Mereka itu yang yakin bahawa mereka akan bertemu dengan Ellahi berkata, "Berapa banyak dari pasukan yang sedikit mengalahkan pasukan yang ramai dengan izin Ellahi. Dan Ellahu bersama mereka yang sabar." 
﴾250﴿ 
Dan apabila mereka berangkat menuju kepada Jalut dan pasukan-pasukannya, mereka berkata, "Wahai Tuhan kami, alirkanlah untuk kami kesabaran dan kukuhkanlah kedudukan kami dan anugerah untuk kami kemenangan ke atas kaum yang tidak percaya (kafir)." 
﴾251﴿ 
Maka mereka mengalahkan mereka dengan izin Ellahi dan Daud bunuh Jalut dan Ellahu anugerah kepadanya pemilikan kuasa dan hikmah dan mengajarnya dari apa yang di kehendakiNya. Dan jika tidak kerana Ellahi menolak sesetengah manusia dari mereka yang lain, mukabumi ini akan menjadi korup. Akan tetapi Ellaha memiliki keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat ke atas ilmuNya yang Maha Meliputi.
﴾252﴿ Ini adalah ayat-ayat Ellahi yang Kami baca dan terangkan ke atas kamu dengan benar. Dan sesungguhnya, kamu adalah dari kalangan mereka yang berserah diri. 
﴾253﴿ 
Ini adalah para Rasul yang Kami beri keistimewaan, kelebihan, faedah, manfaat sebahagian dari mereka ke atas sebahagian yang lain. Dari kalangan mereka, ada yang Ellahu berqalam dan Kami angkat darjat sebahagian dari mereka itu. Dan Kami anugerah Eesa Ibna Mar'yama bukti yang jelas nyata dan menyokongnya dengan ruh yang suci dari segala yang tercela (Ruuhi Qudsi). Dan sekiranya Ellahu kehendaki, tidak bertelingkah mereka yang datang selepas daripada apa yang telah datang kepada mereka bukti yang nyata tetapi mereka berbeza pendapat dan dari mereka ini, ada yang selamat dan ada dari mereka ini yang kufur. Dan jika Ellahu kehendaki, mereka tidak akan bertelingkah dan Ellaha memperjalankan apa yang dikehendakiNya. 
﴾254﴿ 
Wahai mereka yang selamat, alirkanlah daripada apa yang Kami telah rezekikan kepada kamu sebelum tiba hari di mana di dalamnya tiada transaksi dan tidak ada sahabat yang istimewa mahupun syafaat. Dan mereka yang tidak percaya (kafir), mereka adalah golongan yang zalim.
﴾255﴿ 
Ellahu, tiada tuhan melainkan Dia, Al Hayyu Al Qayyum. Dia tidak mengantuk dan tidor tidak mendahuluiNya. KepadaNya apa yang ada di dalam langit dan apa yang ada di dalam mukabumi. Siapakah yang boleh memberi syafaat melainkan dengan izinNya? Dia Maha Mengetahui apa yang ada di belakang mereka dan apa yang ada di hadapan mereka. Dan tidak ada sesuatupun yang merangkumi dari ilmuNya melainkan apa yang dikehendakiNya. Dan kekuasaanNya merangkumi langit dan mukabumi dan memelihara mereka tidak meletihkanNya. Dan Dia, Al Aliiyu Al Aziim.
﴾256﴿ 
Tidak ada paksaan, desakan, kekerasan, ugutan, ancaman, tekanan, kerahan dan keharusan di dalam cara hidup yang telah distrukturkanNya (Ad-Deen). Kejayaan, keberuntungan yang datang kerana memilih jalan yang tepat telah menjadi nyata dari penyimpangan dari jalan yang benar. Maka, sesiapa yang kufur dengan ketua-ketua agama (bil-taghuti) dan beriman dengan Ellahi, maka dia telah berpegang teguh, mengikat dengan kukuh, mencengkam erat, berpegang dengan kuat simpulan yang tidak akan terurai. Dan Ellahu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
﴾257﴿ 
Ellahu adalah Wali kepada mereka yang selamat dan Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan melainkan kepada cahaya. Dan mereka yang kufur, awliya mereka adalah ketua-ketua agama (al-taghutu). Mereka membawa mereka itu keluar dari cahaya melainkan kepada kegelapan. Mereka itulah penghuni api. Mereka kekal di dalamnya, selama-lamanya.
﴾258﴿ 
Tidakkah kamu mempertimbangkan mereka yang berhujah dengan Ibrahim mengenai Tuhannya kerana Ellahu telah menganugerahkan kepadanya, pemilikan kuasa? Apabila Ibrahim berkata, "Tuhan-ku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Dia (Raja) berkata, "Aku juga menghidupkan dan mematikan." Ibrahim berkata, "Maka, sesungguhnya Ellaha membawa matahari dari tempat terbitnya maka pindahkan ia dari maghrib." Maka, mereka yang kufur tergamam dan Ellahu tidak membimbing kaum yang zalim.
﴾259﴿ 
Atau umpama mereka yang melewati ke atas sebuah kariah, dan ianya di dapati kosong di atas singahsananya. Dia berkata, "Bagaimana Ellahu membangkitkan kariah ini selepas ianya mati?" Maka, Ellahu menyebabkan kematiannya pada jangkamasa 100 tahun kemudian membangkitkannya. Tuhan berkata, "Berapa lama kamu berada di sini?" Dia berkata, "Aku berada di sini pada fasa yang singkat atau sebahagian dari fasa yang singkat itu." Tuhan berkata, "Sebenarnya kamu telah berada di sini 100 tahun maka tataplah ke atas apa yang kamu telah jamah dan serap! Ianya tidak berubah mengikut masa dan tataplah ke atas tunggangan kamu! Dan kamu di jadikan sebagai tanda untuk manusia. Dan tataplah serpihan-serpihan itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali dan kemudian menyalut-nya kembali dengan tutupan yang sempurna." Dan selepas semua ini menjadi jelas nyata kepadanya, dia berkata, "Aku mengetahui bahawa Ellaha berkuasa di atas semua perkara."
﴾260﴿ 
Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Tuhan-ku, tunjukkanlah bagaimana Engkau membangkitkan kematian." Dia (Tuhan) berkata, "Adakah kamu tidak percaya?" Dia (Ibrahim) berkata, "Bahkan benar, aku percaya! Akan tetapi ia adalah untuk menenangkan qolbi ku." Dia (Tuhan) berkata, "Maka ambil empat dari burung-burung itu dan kemudian kamu meracik akan ia, dan kemudian letakkan setiap bahagian daripadanya di atas bukit dan kemudian seru mereka, mereka akan datang menerpa kamu. Dan ketahuilah bahawa Ellaha Maha Perkasa Maha Bijaksana."
﴾261﴿ 
Mithalan mereka yang infaq kemewahan mereka di dalam jalan Ellahi adalah seperti mithalan bijirin yang menumbuhkan tujuh tangkai, di dalam setiap tangkai, ada 100 bijirin. Dan Ellahu menggandakan kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan Ellahi Maha Luas PemberianNya lagi Maha Meliputi ilmuNya.
﴾262﴿ 
Mereka yang infaq kemewahan mereka pada jalan Ellahi, kemudian tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan membangkit pemberian itu dengan memperdengarkannya, untuk mereka balasan dari sisi Tuhan mereka, dan tidak akan mereka berduka mahupun nestapa.
﴾263﴿ 
Perkataan yang baik dan memohon keampunan adalah lebih baik daripada mensucikan diri (melalui undang-undang ekonomi yang adil) yang di iringi dengan memperdengarkan (memperingati) pemberian itu. Dan Dia Al Ghaniyy Al Haliim.
﴾264﴿ 
Wahai mereka yang selamat, jangan jadikan kesucian diri kamu (melalui undang-undang ekonomi yang adil) sebagai suatu perkara yang sia-sia dengan memperingatkan lalu melukai ia umpama mereka yang menginfaq kemewahan mereka untuk riak dengan manusia dan tidak beriman dengan Ellahi dan fasa-fasa akhirat. Maka, mithalannya adalah umpama mithalan batu yang licin yang ke atasnya debu lalu turun hujan lebat menimpanya, kemudian ia di biarkan kosong. Tidak mereka dapat menguasai ke atasnya semua perkara dari apa yang telah mereka kerjakan. Dan Ellahu tidak membimbing kaum yang tidak percaya (kafir). 
﴾265﴿ 
Dan mithalan mereka yang menginfaq kemewahan mereka untuk memperolehi keredhaan Ellahi dan untuk meneguhkan, memantapkan dan mengukuhkan dari apa yang ada di dalam diri mereka adalah umpama mithalan halaman-halaman di atas bukit yang apabila turun hujan lebat ke atasnya, maka ia membuahkan hasil yang berlipat ganda. Dan jika tidak turunnya hujan lebat, maka hujan renyai-renyai adalah memadai. Dan Ellahu Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. 
﴾266﴿
Adakah kamu ingin adakan untuk diri kamu dari halaman yang melimpah dengan ilmu, hikmah, nur rohani yang tersusun di antara satu sama lain untuk menguatkan jasad dan rohani, keteguhan dan kekuatan dari gugusan yang terdiri daripada butiran kecil yang bersatu pada satu ikatan yang kukuh yang membuahkan hasil di bawahnya mengalir kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran, kehidupan rohani. Maka, kebanggaan menyerang diri kamu semasa kamu memiliki zuriat yang lemah kemudian kamu di serang dengan ribut taufan yang di dalamnya adalah api dan di bakar dengannya. Dengan demikianlah Ellahu menjelaskan tanda-tanda ayatNya kepada kamu agar kamu bertafakur.
﴾ 267 ﴿ 
Wahai mereka yang telah selamat, infaq dari perkara-perkara yang benar, baik lagi suci apa yang telah kamu perolehi dan daripada apa yang telah Kami tumbuhkan, pancarkan dan limpahkan ke atas kamu dari bumi dan jangan kamu bertayammum dengan menginfaqkan kejahatan dan kekotoran sedangkan kamu sendiri tidak akan menerimanya melainkan dengan mata yang tertutup akan ia. Dan kamu mengetahui bahawa Ellaha Al Ganiyy Al Hamid.
﴾ 268 ﴿ 
Syaitan menjanjikan kepada kamu dengan kefakiran dan memerintahkan kamu kepada kekejian dan perkara yang tidak bermoral dan Ellahu menjanjikan kepada kamu ampunan daripadaNya lalu menutup aib kamu (Dia menyelimut rahmat yang menutupi dosa dan menjaga jiwa kamu daripada luka balasan dosa) dan menjanjikan keistimewaan, kelebihan, faedah dan manfaat. Dan Ellahu Al Waasi Al Aliim.

Maksud Fakir >>
Fakir adalah rumah yang kosong dan gersang, tidak hidup dengan kebaikan dan tidak cantik, baik dari segi ilmu, akhlak, mahupun kebahagiaan dunia dan akhirat >> mereka-mereka yang sengsara dari segi mental, fizikal dan bisikan serta berada di dalam kesusahan, tiada daya dan putus perhubungan dengan Ellaha. Apabila rumah itu kosong dan gersang, maka, datanglah syaitan memasukinya lalu mempengaruhinya kepada perkara yang tidak bermoral.

﴾ 269 ﴿ 
Dia menganugerahkan Al Hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sesiapa yang telah di anugerah Al Hikmah itu, maka dia telah di anugerah dengan kebaikan yang sangat banyak namun, tidak mengambil peringatan dari Al Hikmah itu melainkan mereka yang Al'Al'baab.
﴾ 270 ﴿ 
Dan apa jua yang kamu infaq dari infaq-infaq kamu itu atau mengadakan nazar, berjanji, berikrar daripada nazar itu, maka sesungguhnya Ellaha mengetahui akan ia. Dan mereka yang zalim tidak akan di beri pertolongan.
﴾ 271 ﴿ Jika kamu sucikan diri dengan memancarkannya melalui undang-undang ekonomi yang adil maka ia adalah nikmat; dan jika kamu menyembunyikannya dan mengagihkan kepada mereka yang fakir maka ia adalah lebih baik untuk kamu dan akan kamu di hapuskan dari kekafiran oleh kejahatan kamu. Dan Ellahu El Kabiir tentang apa yang kamu lakukan.

>> Maksud Fakir, sila lihat Al Baqara : 268

﴾272﴿ 
Memimpin mereka ke hala tuju yang selamat bukan ke atas kamu akan tetapi Ellaha membimbing sesiapa yang dikehendakiNya. Dan apa jua yang kamu belanjakan, alirkan agihkan dan limpahkan dari kebaikan kamu, maka, ia adalah untuk apa yang ada di dalam diri kamu. Dan jangan kamu belanjakan, agihkan, alirkan dan limpahkannya melainkan untuk menelusuri Wajah Ellaha. Dan apa jua yang kamu belanja, alir, agih dan limpahkan dari kebaikan itu akan di lunaskan ke atas kamu dan kamu tidak akan di zalimi.  
﴾273﴿ 
Mereka yang fakir, yang di sekat dan di tahan dari jalan Ellahi, yang tidak berkemampuan untuk bergerak di dalam mukabumi, peringati-lah mereka yang jahil itu yang telah rasa mereka mencukupi kerana kekangan mereka dan kamu akan mengenal mereka dengan tanda-tanda mereka. Mereka tidak meminta kepada manusia dengan desakan. Dan apa jua yang kamu alirkan, agihkan dan limpahkan dari kebaikan, maka sesungguhnya Ellaha El Aliim tentang ia.
﴾274﴿ 
Mereka yang mengalirkan dan melimpahkan kekayaan mereka di malam hari dan di siang hari, secara tersembunyi mahupun secara terbuka, maka mereka akan memperolehi ganjaran dari Tuhan mereka. Dan tidak ada ketakutan ke atas mereka mahupun mereka akan berduka.

>> kekayaan tidak semestinya harta dan kewangan tetapi ia juga merangkumi kekayaan ilmu, kebijaksanaan dan hikmah. 

﴾275﴿ 
Mereka yang mengambil dan memakan dengan mengenakan caj yang berlebihan sehingga mencekik darah (overcharge by strangulation) (Er'Ribaa'), tidak mereka berdiri melainkan di kelirukan oleh sentuhan syaitan. Ini adalah kerana mereka berkata, "sesungguhnya, caj itu adalah serupa dengan transaksi perdagangan." Dan Ellaha menjadikan transaksi perdagangan itu halal, akan tetapi, Dia mengharamkan caj yang berlebihan sehingga mencekik darah. 

Maka, sesiapa yang telah di datangi kepadanya seruan dan arahan dari Tuhan-nya, maka hendaklah dia menahan diri (dari memperdagangkan sesuatu itu dengan caj berlebihan sehingga mencekik darah), moga dia mendapati bahawa telah berlalu apa yang di dapatinya dari (salaf) terdahulu (Salafa) dan urusan mereka itu adalah ke atas Ellahi. Dan sesiapa yang berpatah balik (kepada apa yang di dapati pada salaf terdahulu itu), maka, mereka adalah penghuni api neraka, mereka akan berada di dalamnya selama-lamanya.
﴾276﴿ 
Ellahu menghapuskan caj berlebihan sehingga mencekik darah itu (Er'Ribaa') dan mengangkat mereka yang siddiq (Es'Sodaqaati). Dan Ellahu tidak menyukai mereka yang kufur lagi berdosa.  
﴾277﴿ 
Sesungguhnya, mereka yang selamat dan melaksanakan perkara yang soleh dan mendirikan As Solat (serta ikut dengan rapat/sync/selari dengan Al Qur'aan) dan mensucikan diri dengan Undang-Undang Ekonomi yang adil (Ez'Zakaata) akan memperolehi ganjaran dari Tuhan mereka dan tidak akan ada ketakutan ke atas mereka mahupun mereka akan berduka.
﴾278﴿ 
Wahai mereka yang selamat, takutlah kamu kepada Ellaha di dalam kesedaran kamu, maka, tinggalkan apa yang tersisa dari caj berlebihan yang mencekik darah itu (Er'Ribaa') jika benar kamu mu'min.  
﴾279﴿ 
Dan jika kamu tidak melaksanakannya, ketahuilah peperangan dari Ellahi dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka, untuk kamu pada pokok asal dari harta-harta itu dan tidak kamu menzalimi dan tidak kamu di zalimi.
﴾280﴿ 
Dan jika sesiapa yang berada di dalam kesulitan dan kesusahan, maka, tangguhkan dahulu sehingga datang kepadanya kelapangan dan, jika kamu siddiq adalah lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui.
﴾281﴿ 
Dan sedari-lah akan fasa-fasa yang di dalamnya kamu akan di kembalikan melainkan kepada Ellahi dan setiap jiwa akan di balas dengan apa yang ia telah kerjakan dan mereka tidak akan di zalimi.
﴾282﴿ 
Wahai mereka yang selamat, apabila kamu mengadakan kontrak di dalam urusan hutang ke atas tempoh yang tertentu, maka, hendaklah kamu menulisnya dan biarlah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil. Dan penulis itu tidak menolak untuk menulis sebagaimana Ellahu telah mengajarnya. Maka, biar ia menulis dan mengisinya ke atasnya dengan benar dan hendaklah ia takut di dalam kesedarannya kepada Ellaha, Tuhannya dan tidak ia mengurangkan apapun daripada penulisannya itu. Dan jika ke atas penulis itu ia daif dan kurang cerdik atau tidak dapat melaksanakan pengisian itu, maka, biarkan penolong mereka yang mengisinya dengan adil. Dan adakan dua saksi lelaki dari kalangan mereka yang memiliki sifat-sifat benar, bertanggungjawab dan kepatuhan kepada perintah agama (Rijaali-kum'), dan jika tidak ada dua lelaki dari kalangan mereka, maka seorang lelaki dan dua perempuan dari kalangan saksi yang kamu persetujui dan jika salah seorang dari mereka lupa, maka yang seorang lagi dapat memperingatinya. Dan saksi-saksi itu tidak boleh menolak apabila mereka di jemput untuk bersaksi. Dan mereka tidak akan berasa lelah untuk menulisnya samada kecil mahupun besar akan jumlah hutang pada tempoh masanya. Yang demikian itu adalah lebih adil di hadapan Ellahi dan lebih sesuai pada kesaksian mereka itu dan lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan di antara satu sama lain melainkan ada kehadiran urusan perniagaan yang kamu jalankan yang kamu laksanakan di antara kamu maka tidak salah ke atas kamu untuk tidak menulisnya. Dan adakan saksi setiap kali kamu mengadakan transaksi dan jangan kamu susahkan si penulis mahupun saksi-saksi, dan jika kamu berbuat demikian, sesungguhnya ia adalah perbuatan fasiq yang ada pada kamu. Maka, takutlah kamu kepada Ellaha di dalam kesedaran kamu dan Ellahu akan mengajar kamu dan Dia Al Aliim ke atas semua perkara. 


>> Insya'llah akan di sambung 💝